Connect with us

Terkini

(VIDEO) Anggota Parlimen Singapura didiskriminasi rakan sekerja kerana tak faham Mandarin

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Usha Chandradas

KUALA LUMPUR — Seorang Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Usha Chandradas menyifatkan ramai kelompok minoriti di Singapura, termasuk beliau sendiri, mengalami diskriminasi di tempat kerja apabila kebanyakan rakan sekerja dan penyelia mereka lebih suka berkomunikasi dalam bahasa Mandarin.

Usha Chandradas berkata, dalam situasi sebegitu, mereka yang berbahasa Mandarin tidak akan mempedulikan individu di sekeliling mereka yang mungkin tidak memahami apa yang diperkatakan dalam bahasa berkenaan.

“Ramai minoriti di Singapura, termasuk saya, telah mengalami situasi kerja di mana kebanyakan rakan sekerja dan kadang kala sampaikan penyelia mereka juga lebih suka berkomunikasi dalam bahasa Mandarin.

“Dalam keadaan ini, mereka tidak mempedulikan orang sekeliling yang mungkin tidak faham apa yang mereka katakan. Tingkah laku seperti ini menyisihkan orang dan bertentangan dengan komitmen Singapura kepada kepelbagaian budaya.

 “Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada pihak pemerintah kerana terus terang bahawa diskriminasi seperti ini sama sekali tidak boleh diterima jika ia melibatkan tindakan dalam bahagian empat undang-undang yang disarankan,” katanya menerusi klip video dimuat naik beritamediacorp pada Rabu.

Difahamkan, kenyataan dikeluarkan Usha Chandradas adalah tanda sokongan beliau terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Keadilan di Tempat Kerja (WFL), khususnya yang melibatkan diskriminasi budaya dan bahasa.

BERITA Mediacorp semalam melaporkan RUU itu yang antara lain memperkenalkan lebih banyak cara untuk pekerja mendapatkan bantuan apabila menghadapi diskriminasi telah diluluskan Parlimen Singapura pada Rabu setelah hampir 30 Anggota Parlimen bangkit membahaskannya.

Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad berkata RUU itu akan memastikan keharmonian dan keadilan di tempat kerja melalui langkah-langkah perlindungan yang lebih kukuh.

Zaqy berkata lebih 95 peratus aduan kepada Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresi (TAFEP) dan MOM melibatkan diskriminasi, termasuk berkaitan umur, kerakyatan, jantina, status perkahwinan, kehamilan, tanggungjawab penjagaan, kaum, agama, keupayaan bahasa, ketidakupayaan dan kesihatan mental.

Menurut laman web Singapore Statutes Online, Perlembagaan Republik Singapura menyatakan Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris adalah empat bahasa rasmi di Singapura, bagaimanapun bahasa kebangsaan republik itu adalah bahasa Melayu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *