Connect with us

Antarabangsa

Pasukan khas UK ada ‘golden pass’ bunuh orang awam Afghanistan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Komando British mempunyai dasar membunuh orang awam secara rutin semasa serbuan anti-Taliban di Afghanistan, seorang bekas tentera memberitahu siasatan awam. 
  • Keterangan tujuh askar dan komander yang dikeluarkan pada Rabu dipetik RT pada Jumaat itu adalah sebahagian penyiasatan ke atas pengendalian pasukan khas UK, termasuk SAS, di wilayah Helmand, Afghanistan, dari 2010 hingga 2013. 
  • “Semasa operasi ini dikatakan bahawa ‘semua lelaki umur berperang dibunuh’ di sasaran tanpa mengira ancaman mereka lakukan, ini termasuk mereka yang tidak memegang senjata,” kata seorang askar, yang hanya dikenali sebagai N1799, memberitahu siasatan awam itu. 
  • Seorang lagi bekas komando dipetik BBC berkata pasukan khas mempunyai “pas emas (golden pass) membolehkan mereka melarikan diri dengan pembunuhan”.
  • Tentera Barat, termasuk tentera British, meninggalkan Afghanistan pada Ogos 2021, selepas kejatuhan Kabul kepada Taliban di mana United Kingdom (UK) kehilangan 457 tentera semasa pendudukannya di bekas negara perang itu.

Komando British mempunyai dasar membunuh orang awam secara rutin semasa serbuan anti-Taliban di Afghanistan, seorang bekas tentera memberitahu siasatan awam. 

Keterangan tujuh askar dan komander yang dikeluarkan pada Rabu dipetik RT pada Jumaat itu adalah sebahagian penyiasatan ke atas pengendalian pasukan khas UK, termasuk SAS, di wilayah Helmand, Afghanistan, dari 2010 hingga 2013. 

“Semasa operasi ini dikatakan bahawa ‘semua lelaki umur berperang dibunuh’ di sasaran tanpa mengira ancaman mereka lakukan, ini termasuk mereka yang tidak memegang senjata,” kata seorang askar, yang hanya dikenali sebagai N1799, memberitahu siasatan awam itu. 

Saksi terbabit berkata kelompok itu juga dibunuh pada sasaran, di dalam kompaun, menggunakan pelbagai kaedah selepas mereka ditahan.

“Dalam satu kes disebutkan bantal diletakkan di atas kepala seseorang sebelum dibunuh dengan pistol,” kata N1799.

Saksi itu berkata dia “terkejut dengan umur dan kaedah” digunakan untuk membunuh warga Afghanistan.

Seorang lagi bekas komando dipetik BBC berkata pasukan khas mempunyai “pas emas (golden pass) membolehkan mereka melarikan diri dengan pembunuhan”.

Agensi berita Reuters bagaimanapun melaporkan tiada seorang pun askar yang memberikan keterangan mengatakan mereka menyaksikan sendiri pembunuhan itu. 

Siasatan itu diberitahu bahawa beberapa askar telah menimbulkan kebimbangan mengenai kelakuan rakan setugas mereka.

Menurut keterangan dipetik New York Times dipetik RT, seorang askar mengemukakan soalan dalam e-mel tentang sama ada unit SAS mereka cipta senario membolehkan mereka membunuh pejuang Afghanistan, seorang pegawai lain menjawab, “orang Afghanistan ini sangat bodoh sehingga mereka layak untuk mati”. 

Tentera Barat, termasuk tentera British, meninggalkan Afghanistan pada Ogos 2021, selepas kejatuhan Kabul kepada Taliban di mana United Kingdom (UK) kehilangan 457 tentera semasa pendudukannya di bekas negara perang itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *