Connect with us

Terkini

(VIDEO) Psikologis tegur media suka sensasikan laporan bunuh diri

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Psikologis Klinikal, Aiman Amri

KUALA LUMPUR — Seorang Psikologis Klinikal kesal dengan tindakan segelintir media yang sering mensensasikan laporan berita bunuh diri sedangkan ia satu tragedi dan kemalangan.

Aiman Amri berkata isu bunuh diri ini adalah satu tragedi kerana ia menunjukkan individu terbabit sedang ‘sakit’ dan cuba mendapatkan bantuan tetapi gagal, sebelum dia mengakhiri nyawa sendiri.

Aiman berkata dalam situasi itu beliau juga sangat sakit hati dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab di Facebook, misalnya dia melaporkan kes bunuh diri, tetapi sebenarnya ia adalah pautan Shopee atau clickbait yang membolehkan individu itu mendapat komisen daripada setiap orang klik pautan  itu untuk membaca laporan berita dikongsikan yang kononnya tentang kes bunuh diri.

“Kementerian Kesihatan dia dah keluarkan panduan ini (Guidelines for Media Reporting on Suicide) tapi sayangnya ia adalah sebagai panduan, bukannya rules.

So antara yang dia kata, yang pertama, jangan tekankan mengenai cara bunuh diri, ini selalulah (berlaku) buka berita kadang saya pernah nampak Harian Metro dia cerita pasal apa, siap dengan surat suicide tu, dia siap post sebagai muka depan. 

“Sakit hati betullah,” kata Aiman menjelaskan tindakan tidak beretika yang tidak sepatutnya dilakukan media dalam pelaporan kes bunuh diri.

 

Beliau berkata demikian menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Lebih 900,000 Kanak-kanak, Remaja Alami Penyakit Mental. Apa Punca?’ yang bersiaran di YouTube The Merdeka Times di sini pada Khamis.

Program terbitan Studio Merdeka itu turut menampilkan Pengarah Institut Ulama Al-Juwaini, Ahmad Syamil Mohd Esa dan People Living With Experience (PLWE), Sollahuddin Ikram. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *