Connect with us

Terkini

Buli: Lima Pegawai Kadet UPNM diberhentikan, bayar ganti rugi

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
 
  • Lima pegawai kadet (PK) Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) diberhentikan dan diarah membayar ganti rugi kerana terbabit dalam tiga kes penganiayaan membabitkan pegawai kadet lain, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • Khaled berkata mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang semalam, meluluskan syor terbabit selain menjelaskan langkah itu tidak tertakluk kepada tindakan lain diambil UPNM dan Jabatan Peguam Negara.
  • “ALK mengesyorkan tindakan terhadap lima orang pelaku itu, termasuklah pembatalan pelantikan sebagai PK, pemberhentian kerja daripada perkhidmatan tentera dan mengenakan bayaran ganti rugi kepada kerajaan yang dikira daripada perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian,” katanya dipetik media tempatan hari ini.
  • Dalam kes melibatkan penganiayaan tekapan seterika ke dada PK Muhammad Salman Mohd Saiful Surash oleh PK Amirul Iskandar Ahmad Norhizan telah dikesan jurulatih bertugas ALK semasa melaksanakan pemeriksaan tubuh berkala pada 28 Oktober lalu.
  • Pelantikan Amirul Iskandar sebagai PK dibatalkan, selain perlu membayar ganti rugi RM44,600.

KUALA LUMPUR — Lima pegawai kadet (PK) Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) diberhentikan dan diarah membayar ganti rugi kerana terbabit dalam tiga kes penganiayaan membabitkan pegawai kadet lain, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khaled berkata mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang semalam, meluluskan syor terbabit selain menjelaskan langkah itu tidak tertakluk kepada tindakan lain diambil UPNM dan Jabatan Peguam Negara.

“ALK mengesyorkan tindakan terhadap lima orang pelaku itu, termasuklah pembatalan pelantikan sebagai PK, pemberhentian kerja daripada perkhidmatan tentera dan mengenakan bayaran ganti rugi kepada kerajaan yang dikira daripada perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian,” katanya dipetik media tempatan hari ini.

Khaled berkata dalam kes melibatkan penganiayaan tekapan seterika ke dada PK Muhammad Salman Mohd Saiful Surash oleh PK Amirul Iskandar Ahmad Norhizan telah dikesan jurulatih bertugas ALK semasa melaksanakan pemeriksaan tubuh berkala pada 28 Oktober lalu.

Susulan itu, satu siasatan dijalankan dan mendapati PK Amirul Iskandar, pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Pengambilan 2021) telah melakukan penganiayaan fizikal terhadap mangsa.

Katanya, pelantikan Amirul Iskandar sebagai PK dibatalkan, selain perlu membayar ganti rugi RM44,600.

“Pelaku juga telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 8 November 2024 dan prosiding masih berjalan,” katanya.

Sementara itu, kes kedua melibatkan tiga pelaku iaitu PK Izzat Izuddin Mohammad Arif (pelaku pertama); PK Muhammad Hidayat Haqimi Mohd Yuslan (pelaku kedua), dan PK Ku Muhammad Irfan Ku Zaimi (pelaku ketiga) yang melakukan penganiayaan terhadap PK Alief Ahsreihan Ahslemy.

“Ketiga-ketiga pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan dalam tentera, dan masing-masing dikenakan bayaran ganti rugi kepada kerajaan sejumlah RM48,452.75; RM19,481.70, dan RM44,600.20,” katanya.

Khaled berkata bagi kes ketiga iaitu melibatkan kes penganiayaan secara fizikal oleh PK Ammar Hafiy Muhammad Habib (pengambilan 2022) terhadap PK Yeong Kian Rui dengan melibatkan kecederaan ‘soft tissue injury over lower back secondary to trauma’.

“Pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan dalam tentera, dan dikenakan bayaran ganti rugi RM32,115.95.”

Khaled menegaskan Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penganiayaan dalam mana-mana institusi ketenteraan dan akan terus menambah baik mekanisme pencegahan bagi mengelak kejadian sama berulang. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *