Connect with us

Terkini

(VIDEO) Taksub melampau terhadap ‘guru’ perlu ditangani segera – Menteri Agama

Sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana ia boleh mengakibatkan masyarakat Muslim terjerumus kepada amalan yang bercanggah akidah jika tidak dibendung.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata demikian susulan tular video di media sosial melibatkan seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar dalam sebuah majlis yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab.
  • JAKIM telah diminta untuk menyediakan laporan dan membawa perkara itu kepada tindakan pihak berkuasa agama Islam iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Mufti Negeri Kedah.
  • “Sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
  • Media sebelum ini melaporkan tular video berdurasi satu minit dua saat memaparkan pendakwah lelaki dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait bahasa Arab yang didakwa sebagai satu tindakan memuja guru agama secara melampau.

KUALA LUMPUR — Sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana ia boleh mengakibatkan masyarakat Muslim terjerumus kepada amalan yang bercanggah akidah jika tidak dibendung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata demikian susulan tular video di media sosial melibatkan seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar dalam sebuah majlis yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab.

Mohd Na’im berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diminta untuk menyediakan laporan dan membawa perkara itu kepada tindakan pihak berkuasa agama Islam iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Mufti Negeri Kedah.

“Sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah.

“Agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan khususnya JAKIM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diminta untuk melipatgandakan usaha memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tular video berdurasi satu minit dua saat memaparkan pendakwah lelaki dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait bahasa Arab yang didakwa sebagai satu tindakan memuja guru agama secara melampau. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *