Connect with us

Terkini

RUU Mufti: Wajar bawa mufti wilayah dan Perlis berdialog Ahli Parlimen – Maszlee Malik

Menteri Agama sewajarnya membawa pihak mempunyai pandangan berbeza dalam kalangan mufti seperti Mufti Wilayah Persekutuan dan Perlis untuk melakukan dialog secara tertutup berhubung isu Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 dengan kesemua 222 Ahli Dewan Rakyat di Parlimen.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (tengah).
  • Menteri Agama sewajarnya membawa pihak mempunyai pandangan berbeza dalam kalangan mufti seperti Mufti Wilayah Persekutuan dan Perlis untuk melakukan dialog secara tertutup berhubung isu Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 dengan kesemua 222 Ahli Dewan Rakyat di Parlimen.
  • Pandangan itu disuarakan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kerana Ahli Parlimen adalah pihak yang akan menentukan RUU berkenaan lulus atau sebaliknya, bukan orang awam, mufti atau netizen.
  • “Biarlah ahli Dewan Rakyat yang bertanggungjawab meluluskan atau tidak RUU itu nanti yang bergelut dengan polemik ini dan bukannya orang awam yang tiada kaitan,” kata Maszlee menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis.
  • Hantaran itu ditulis Maszlee susulan beliau diminta pelbagai pihak untuk memberikan pendapat berhubung isu RUU Mufti Wilayah tersebut.

KUALA LUMPUR —- Menteri Agama sewajarnya membawa pihak mempunyai pandangan berbeza dalam kalangan mufti seperti Mufti Wilayah Persekutuan dan Perlis untuk melakukan dialog secara tertutup berhubung isu Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 dengan kesemua 222 Ahli Dewan Rakyat di Parlimen.

Pandangan itu disuarakan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kerana Ahli Parlimen adalah pihak yang akan menentukan RUU berkenaan lulus atau sebaliknya, bukan orang awam, mufti atau netizen.

Berikan peluang untuk kesemua ahli Dewan Rakyat untuk memahami rasional, bertanya, berhujah dan berdialog dengan kedua pihak ini secara matang, profesional dan beradab.

“Menteri Agama dan Timbalannya boleh memudahcara dialog tertutup ini, kerana mereka yang akan samada membentang (Menteri Agama) atau menjawab (kedua-duanya boleh) kepada ahli parlimen untuk dibahaskan oleh ahli Dewan Rakyat usai dibentangkan di Dewan Rakyat nanti.

“Biarlah ahli Dewan Rakyat yang bertanggungjawab meluluskan atau tidak RUU itu nanti yang bergelut dengan polemik ini dan bukannya orang awam yang tiada kaitan. 

“Ruang awam patut diserikan dengan isu-isu yang membina dan meraikan kepelbagaian dan keharmonian,” kata Maszlee menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis.

Hantaran itu ditulis Maszlee yang juga bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam susulan beliau diminta pelbagai pihak untuk memberikan pendapat berhubung isu RUU Mufti Wilayah tersebut.

Foto: Tangkap layar hantaran Dr Maszlee Malik di Facebook

Media sebelum ini melaporkan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula Isnin di mana ketika ini ia menjadi polemik dalam kalangan beberapa pihak, termasuk agamawan.

BERNAMA pada Jumaat lalu melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata RUU itu bertujuan untuk memperkukuhkan institusi kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan.

RUU itu antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang sudut akidahnya bersumberkan aliran al-Asha’irah dan al-Maturidiah’.

Bagaimanapun RUU berkenaan dikritik beberapa pihak, termasuk Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, yang bertitah bahawa tidak wajar menyempitkan takrifan ASWJ di negara ini.

Baginda bertitah tindakan seumpama itu tidak bersifat inklusif, bahkan membawa kepada elemen sektarian dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Dalam pada itu, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin turut dilaporkan mengkritik keras Menteri Agama berkaitan RUU tersebut.

Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr MAZA percaya 97 peratus Muslim di negara ini atau lebih daripada itu tidak mampu memahami perbahasan berkenaan akidah al-Asha’irah dan al-Maturidiah’

Malah, Dr MAZA mendakwa Mohd Na’im sendiri belum tentu faham berkaitan perkara itu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *