Connect with us

Terkini

Dentuman kuat di Ipoh, bukan letupan kuari – Polis Perak

Insiden gegaran dan dentuman kuat di Ipoh, Perak sekitar jam 11.06 pagi tadi bukan berpunca daripada aktiviti letupan kuari atau latihan polis seperti didakwa pengguna media sosial.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari ini.
  • Semakan dengan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) juga mendapati tiada letupan yang dijalankan di mana-mana kuari sebelum pukul 12 tengah hari.
  • “Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendapati, daerah Ipoh tidak terkesan dengan sebarang aktiviti seismik walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi tadi.
  • “Pihak polis sedang menyiasat mengenai insiden ini dan orang ramai dinasihati supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini sehingga mencetuskan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
  • Terdahulu, media melaporkan satu gegaran kuat dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Ipoh sekitar jam 11 pagi tadi dengan disusuli bunyi seakan dentuman kuat sehingga menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk bandar raya ini.

KUALA LUMPUR —  Insiden gegaran dan dentuman kuat di Ipoh, Perak sekitar jam 11.06 pagi tadi bukan berpunca daripada aktiviti letupan kuari atau latihan polis seperti didakwa pengguna media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari ini.

Beliau berkata semakan dengan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) juga mendapati tiada letupan yang dijalankan di mana-mana kuari sebelum pukul 12 tengah hari.

“Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendapati, daerah Ipoh tidak terkesan dengan sebarang aktiviti seismik walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi tadi.

“Pihak polis sedang menyiasat mengenai insiden ini dan orang ramai dinasihati supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini sehingga mencetuskan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azizi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Kontinjen Perak di talian 05-2451119 atau 05-2451073 untuk membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan satu gegaran kuat dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Ipoh sekitar jam 11 pagi tadi dengan disusuli bunyi seakan dentuman kuat sehingga menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk bandar raya ini.

Tinjauan di media sosial mendapati pengguna mendakwa gegaran terbabit dirasai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Chemor, Stadium Perak, Meru, Falim dan Manjoi serta turut dirasai pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *