Connect with us

Antarabangsa

Protes anti-Masjid di Himachal Pradesh, India melarat ke kawasan lain

Protes anti-masjid di Himachal Pradesh, India, yang pada awalnya tercetus di kawasan Sanjauli di Shimla, semakin merebak ke kawasan lain di negeri itu, lapor The Wire.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Protes anti-masjid di Himachal Pradesh, India.
  • Protes anti-masjid di Himachal Pradesh, India, yang pada awalnya tercetus di kawasan Sanjauli di Shimla, semakin merebak ke kawasan lain di negeri itu, lapor The Wire.
  • Kekacauan itu bermula dengan bantahan terhadap dakwaan pembinaan struktur masjid haram yang kini berkembang menjadi tuntutan mengehadkan kemasukan ‘orang luar’, istilah digunakan secara eksklusif untuk menyasarkan Muslim dari negeri lain yang dituduh mengambil pekerjaan dan perniagaan tempatan.
  • Madhyamam melaporkan daerah-daerah Nerwa, Kasumpti, Mandi, Kullu dan Hamirpur kini menjadi tumpuan baru bagi protes anti-Muslim ini.
  • Komuniti Muslim menjadi sasaran permusuhan di tempat-tempat seperti Solan dan Palampur, di mana penduduk tempatan menuduh mereka sebagai orang luar.
  • Gelombang ketidakpuasan ini dilaporkan didorong pelbagai organisasi dari kumpulan peniaga tempatan, termasuk kumpulan Hindu lama dan baru.

Protes anti-masjid di Himachal Pradesh, India, yang pada awalnya tercetus di kawasan Sanjauli di Shimla, semakin merebak ke kawasan lain di negeri itu, lapor The Wire.

Kekacauan itu bermula dengan bantahan terhadap dakwaan pembinaan struktur masjid haram yang kini berkembang menjadi tuntutan mengehadkan kemasukan ‘orang luar’, istilah digunakan secara eksklusif untuk menyasarkan Muslim dari negeri lain yang dituduh mengambil pekerjaan dan perniagaan tempatan.

Madhyamam melaporkan daerah-daerah Nerwa, Kasumpti, Mandi, Kullu dan Hamirpur kini menjadi tumpuan baru bagi protes anti-Muslim ini.

Komuniti Muslim menjadi sasaran permusuhan di tempat-tempat seperti Solan dan Palampur, di mana penduduk tempatan menuduh mereka sebagai orang luar.

Gelombang ketidakpuasan itu dilaporkan didorong pelbagai organisasi dari kumpulan peniaga tempatan, termasuk kumpulan Hindu lama dan baru.

Anggota pembangkang BJP dan Vishva Hindu Parishad (VHP) turut dikaitkan, dengan beberapa individu telah didakwa selepas siasatan polis terhadap protes ganas terhadap sebuah masjid di Sanjauli 11 September lalu.

Sebagai tindak balas, VHP menawarkan bantuan guaman kepada mereka yang ditangkap berkaitan dengan protes itu.

Pada masa sama, kerajaan Kongres dipimpin Ketua Menteri, Sukhwinder Sukhu berdepan kritikan kerana gagal menguruskan keadaan.

Beberapa pemimpin minoriti Kongres dari Himachal baru-baru ini meminta campur tangan badan tertinggi parti di New Delhi bagi mencari penyelesaian terhadap krisis semakin memuncak itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending