Antarabangsa
Scotland ‘tak layan’ Israel
Kerajaan Scotland tidak akan menerima sebarang jemputan mesyuarat dengan Israel sehingga adanya kemajuan sebenar dalam isu perang di Gaza, kata Setiausaha Hal Ehwal Luarnya, Angus Robertson.
- Kerajaan Scotland tidak akan menerima sebarang jemputan mesyuarat dengan Israel sehingga adanya kemajuan sebenar dalam isu perang di Gaza, kata Setiausaha Hal Ehwal Luarnya, Angus Robertson.
- “Ini kekal sebagai pendirian kita sehingga kemajuan sebenar ke arah perdamaian dicapai, akses tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan disediakan dan Israel bekerjasama sepenuhnya dengan kewajipan antarabangsanya dalam penyiasatan genosid (pembunuhan beramai-ramai) dan jenayah perang,” kata Robertson dalam hantaran Instagram Al Jazeera English hari ini.
- Kenyataan Robertson itu dikeluarkan selepas pertemuannya dengan Timbalan Duta Besar Israel ke United Kingdom (UK), Daniela Grudsky, kira-kira dua minggu lalu, sekali gus mencetuskan kritikan dalam Parti Nasional Scotland (SNP).
- Robertson menekankan kerajaan Scotland konsisten dalam “kecaman tanpa syarat terhadap kekejaman” di Gaza.
Kerajaan Scotland tidak akan menerima sebarang jemputan mesyuarat dengan Israel sehingga adanya kemajuan sebenar dalam isu perang di Gaza, kata Setiausaha Hal Ehwal Luarnya, Angus Robertson.
“Ini kekal sebagai pendirian kita sehingga kemajuan sebenar ke arah perdamaian dicapai, akses tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan disediakan dan Israel bekerjasama sepenuhnya dengan kewajipan antarabangsanya dalam penyiasatan genosid (pembunuhan beramai-ramai) dan jenayah perang,” kata Robertson dalam hantaran Instagram Al Jazeera English hari ini.
Kenyataan Robertson itu dikeluarkan selepas pertemuannya dengan Timbalan Duta Besar Israel ke United Kingdom (UK), Daniela Grudsky, kira-kira dua minggu lalu, sekali gus mencetuskan kritikan dalam Parti Nasional Scotland (SNP).
Robertson menegaskan bahawa pertemuan (dengan Grudsky) di atas permintaan duta Israel itu, merupakan “peluang menyatakan pendirian jelas dan teguh kerajaan Scotland” mengenai keperluan untuk gencatan senjata segera di Gaza.
“Dan itulah yang saya lakukan. Tiada sesiapa yang berniat agar mesyuarat ini dipersepsikan sebagai membenarkan tindakan kerajaan Israel di Gaza,” katanya.
Robertson menekankan kerajaan Scotland konsisten dalam “kecaman tanpa syarat terhadap kekejaman” di Gaza. – The Merdeka Times