Connect with us

Antarabangsa

CEO Nestlé ditukar, prestasi merudum

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nestlé, Mark Schneider disingkirkan dari kedudukannya dalam langkah mengejut pengeluar makanan terbesar dunia itu akibat penurunan prestasi syarikat berkenaan, lapor Reuters.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nestlé, Mark Schneider.
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nestlé, Mark Schneider disingkirkan dari kedudukannya dalam langkah mengejut pengeluar makanan terbesar dunia itu akibat penurunan prestasi syarikat berkenaan, lapor Reuters.
  • Syarikat itu mengumumkan keputusan tersebut pada Khamis minggu lalu dan melantik veteran Nestlé, Laurent Freixe sebagai CEO baharu, mengakhiri tempoh kelolaan lapan tahun Schneider.
  • Syarikat itu baru-baru ini berdepan kesukaran sehingga pada bulan lalu ia mengurangkan ramalan jualan sepanjang tahun dan menyatakan niat memperlahankan kenaikan harga kerana pelanggan yang berdepan kesempitan wang lebih sensitif terhadap harga.
  • Dalam laporan berasingan oleh The Edge, Nestlé Malaysia merekodkan prestasi kewangan lemah untuk suku kedua berakhir Jun 2024 (2QFY2024), dengan keuntungan bersih jatuh kepada RM93.60 juta berbanding RM180.92 juta tahun sebelumnya, manakala hasil pendapatan menurun 13 peratus kepada RM1.52 bilion daripada RM1.75 bilion.
  • Laporan sebuah firma penyelidikan yang juga dipetik The Edge Malaysia menyebut bahawa hasil Nestlé Malaysia turut terjejas oleh pengguna yang beralih kepada jenama tempatan sebagai tindak balas kempen boikot terhadap jenama Barat tertentu selepas serangan Israel ke atas Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nestlé, Mark Schneider disingkirkan dari kedudukannya dalam langkah mengejut pengeluar makanan terbesar dunia itu akibat penurunan prestasi syarikat berkenaan, lapor Reuters.

Syarikat itu mengumumkan keputusan tersebut pada Khamis minggu lalu dan melantik veteran Nestlé, Laurent Freixe sebagai CEO baharu, mengakhiri tempoh kelolaan lapan tahun Schneider.

Schneider, warga Jerman berusia 58 tahun itu, mengubah struktur kategori firma yang diasaskan selama berdekad-dekad sebelum berdepan pandemik COVID-19 dan bertemu lonjakan jualan apabila orang ramai membeli makanan dan minuman di rumah semasa perintah berkurung.

Namun, syarikat itu baru-baru ini berdepan kesukaran sehingga pada bulan lalu ia mengurangkan ramalan jualan sepanjang tahun dan menyatakan niat memperlahankan kenaikan harga kerana pelanggan yang berdepan kesempitan wang lebih sensitif terhadap harga.

Di bawah pengendalian Schneider, Reuters melaporkan saham Nestlé mencecah paras tertinggi pada Januari 2022, sebelum mengalami fasa penurunan sejak Mei 2023.

Dalam laporan berasingan oleh The Edge Malaysia, Nestlé Malaysia merekodkan prestasi kewangan lemah untuk suku kedua berakhir Jun 2024 (2QFY2024), dengan keuntungan bersih jatuh kepada RM93.60 juta berbanding RM180.92 juta tahun sebelumnya, manakala hasil pendapatan menurun 13 peratus kepada RM1.52 bilion daripada RM1.75 bilion.

Dalam laporan tinjauan bagi tempoh 1HFY2024, Nestlé Malaysia mengaitkan penurunan hasil dengan “sentimen pengguna yang suram dan perbelanjaan yang berhati-hati semasa musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya” selain keuntungan yang juga terjejas disebabkan kos input yang tinggi dan kelemahan ringgit.

Laporan sebuah firma penyelidikan yang juga dipetik The Edge Malaysia menyebut bahawa hasil Nestlé Malaysia turut terjejas oleh pengguna yang beralih kepada jenama tempatan sebagai tindak balas kempen boikot terhadap jenama Barat tertentu selepas serangan Israel ke atas Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *