Connect with us

Terkini

‘Benarkah Malaysia berpihak kepada Palestin atau setakat suara sahaja?’ – Tun Mahathir

Sebarang sokongan ke atas syarikat BlackRock sama seperti menyokong rejim Israel dan jenayah dilakukannya berikutan syarikat pelaburan antarabangsa itu kuat membantu tentera Israel dalam kegiatan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Demi mempertahankan negara, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pengurusan lapangan terbang negara ini tidak boleh diserahkan kepada warganegara asing, jauh sekali syarikat yang membantu tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin di Gaza.
  • “Tetapi Kerajaan kita sanggup menjual pengurusan lapangan terbang di Malaysia kepada syarikat yang menyokong Israel bahkan membekal alatan untuk genocide oleh Israel.
  • “Syarikat BlackRock adalah syarikat yang kuat membantu tentera Israel dalam kegiatan genocide terhadap orang Palestin di Gaza. Sokongan kepada BlackRock sama dengan sokongan kepada Israel dan jenayah dilakukan olehnya… Sokongan ini bermakna sanggup mendedah rahsia pertahanan Malaysia kepada bukan sahaja syarikat tetapi juga Israel.
  • “Apakah benar Malaysia memihak kepada Palestin atau cuma setakat suara sahaja?,” kata Tun Mahathir menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Pendirian Malaysia di bawah kerajaan Madani yang bersolidariti untuk isu Palestin menjadi pertikaian apabila kerajaan dikritik kerana tidak menyekat penyertaan BlackRock menerusi GIP, sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis itu, dalam konsortium bersama Khazanah dan KWSP bagi meningkatkan pegangan saham dalam MAHB.

KUALA LUMPUR — Sebarang sokongan ke atas syarikat BlackRock sama seperti menyokong rejim Israel dan jenayah dilakukannya berikutan syarikat pelaburan antarabangsa itu kuat membantu tentera Israel dalam kegiatan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sokongan itu membawa maksud negara ini sanggup mendedahkan rahsia pertahanan Malaysia bukan sahaja kepada syarikat pro-zionis terbabit, tetapi juga Israel.

Justeru demi mempertahankan negara, beliau berkata pengurusan lapangan terbang negara ini tidak boleh diserahkan kepada warganegara asing, jauh sekali syarikat yang membantu tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin di Gaza.

“Tetapi Kerajaan kita sanggup menjual pengurusan lapangan terbang di Malaysia kepada syarikat yang menyokong Israel bahkan membekal alatan untuk genocide oleh Israel.

“Syarikat BlackRock adalah syarikat yang kuat membantu tentera Israel dalam kegiatan genocide terhadap orang Palestin di Gaza. Sokongan kepada BlackRock sama dengan sokongan kepada Israel dan jenayah dilakukan olehnya… Sokongan ini bermakna sanggup mendedah rahsia pertahanan Malaysia kepada bukan sahaja syarikat tetapi juga Israel.

“Kita sudah kesan aktiviti warga Israel di Malaysia membunuh orang Palestin. Dengan rahsia negara terdedah kepada Israel, orang Palestin di Malaysia sudah tidak selamat lagi.

“Apakah benar Malaysia memihak kepada Palestin atau cuma setakat suara sahaja?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Pendirian Malaysia di bawah kerajaan Madani yang bersolidariti untuk isu Palestin menjadi pertikaian apabila kerajaan dikritik kerana tidak menyekat penyertaan BlackRock menerusi Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis itu, dalam konsortium bersama Khazanah dan KWSP bagi meningkatkan pegangan saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Kritikan dan desakan beberapa pihak, termasuk Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan, supaya Kerajaan Madani membatalkan kerjasama itu bermula pada Mei lalu dan ia kembali hangat susulan kematian pemimpin tertinggi kumpulan pejuang Palestin, Ismail Haniyeh pada Julai.

Ahli Parlimen kerajaan dari PKR, Hassan Karim dilaporkan berkata Malaysia wajib menghentikan sebarang bentuk kerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan entiti berkait rapat rejim zionis Israel seperti BlackRock.

Beliau berkata ia sebagai simbol solidariti untuk ribuan rakyat dan pejuang-pejuang Palestin yang terkorban dibom dan diserang rejim zinois Israel.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy turut dilaporkan mempertikaikan jika Anwar boleh membenarkan syarikat mesra Israel, BlackRock mengambil bahagian dalam MAHB, maka apakah pendirian sebenar beliau dalam memerangi penindasan rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Ramasamy yang juga Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) berkata tindakan itu sahaja telah menyebabkan Anwar hilang kelayakan bercakap mengenai hak rakyat Palestin, apatah lagi menyandang kepimpinan global untuk melahirkan satu tata cara dunia baharu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *