Terkini
Novel Lelaki Astatine ada babak ‘soft porn’, ramai gusar ia dibaca budak sekolah
Ramai pihak gusar dengan perkembangan terbaharu dunia penerbitan novel karya tempatan yang jualannya ‘laku keras’, termasuk dalam kalangan pelajar sekolah sedangkan ia didakwa mengandungi elemen soft porn.
- Ramai pihak gusar dengan perkembangan terbaharu dunia penerbitan novel karya tempatan yang jualannya ‘laku keras’, termasuk dalam kalangan pelajar sekolah sedangkan ia didakwa mengandungi elemen soft porn.
- Perkara itu dibangkitkan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi selepas menerima mesej dari seorang wanita yang melahirkan kegusarannya tentang novel bertajuk “Lelaki Astatine” karya penulis novel terkenal, Anjell.
- “Novel “Lelaki Astatine”, penulisnya Anjell. Sangat famous. Ramai budak sekolah beli. Dicetak 80k naskhah untuk jualan di PBAKL tempoh hari. Laku keras.
- “Novel ini campur aduk ilmu kimia, ilmu bidang penerbitan, islamik dan babak soft porn.
- “Ramai cakap scene-scene begini “biasa je”. Bagi kami, jika budak perempuan sekolah rendah suka baca scene macam ini, anggap ini biasa dan berfantasi, maka bukan biasa lagi,” kata wanita itu kepada Fairuz yang berkongsikan perkara itu di Facebooknya pada Selasa.
KUALA LUMPUR — Ramai pihak gusar dengan perkembangan terbaharu dunia penerbitan novel karya tempatan yang jualannya ‘laku keras’, termasuk dalam kalangan pelajar sekolah sedangkan ia didakwa mengandungi elemen soft porn.
Perkara itu dibangkitkan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi selepas menerima mesej dari seorang wanita yang melahirkan kegusarannya tentang novel bertajuk “Lelaki Astatine” karya penulis novel terkenal, Anjell.
Novel “Lelaki Astatine” itu dikatakan dicetak 80 ribu naskhah untuk jualan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sebelum ini dan laris dijual, sedangkan ia mempunyai kandungan soft porn yang dicampur adukkan dengan ilmu kimia, bidang penerbitan dan islamik.
“Novel “Lelaki Astatine”, penulisnya Anjell. Sangat famous. Ramai budak sekolah beli. Dicetak 80k naskhah untuk jualan di PBAKL tempoh hari. Laku keras.
“Novel ini campur aduk ilmu kimia, ilmu bidang penerbitan, islamik dan babak soft porn.
“Ramai cakap scene-scene begini “biasa je”. Bagi kami, jika budak perempuan sekolah rendah suka baca scene macam ini, anggap ini biasa dan berfantasi, maka bukan biasa lagi,” kata wanita itu kepada Fairuz yang berkongsikan perkara itu di Facebooknya pada Selasa.
Mengulas perkongsian itu, Fairuz berkata situasi itu melahirkan kegusaran baik dari pihak guru, ibu bapa dan pemain industri buku.
Fairuz berkata isu novel lucah ini bukan kali pertama berlaku memandangkan beberapa tahun lalu, viral novel fantasi lucah Jaan Punching Bag dan penulis berkenaan sudah mengakui kesilapan beliau serta memohon maaf ketika bertemunya.
“Cuma yang itu hanya bacaan di apps Wattpad dan Facebook. Tapi kali ini novel soft porn dibukukan. Laku keras pula tu! Yang membeli dan membacanya bukan hanya orang dewasa, bahkan kanak-kanak sekolah rendah.
“Beberapa tahun lepas, Raja Azmi ada hasilkan novel begini juga. Satu Malaysia marah.
“Tapi kali ni entah kenapa, lesu betul kemarahannya. Boleh jadi normalisasi kelucahan ni dah berakar umbi dalam masyarakat hingga hilang rasa sensitiviti,” katanya.
The Merdeka Times (TMT) pada tahun lalu melaporkan seorang pengguna Facebook yang juga penulis buku iaitu Husna Adnan, meluahkan kebimbangan apabila novel Darlingku Mr. Cold Mafia nukilan penulis baru, Shadhia yang dilihat seolah-olah ingin menaikkan unsur ‘grooming’ di dalam karyanya.
Mengulas isu tersebut, Pakar Psikologi Kanak-Kanak di CPC International Sdn Bhd iaitu Dr Noor Aishah Rosli menjelaskan membaca bahan bacaan seperti novel bertemakan cinta dan berbaur seksual itu seronok, namun kesan jangka panjang untuk golongan remaja bawah umur mungkin tidak nampak sedangkan ia boleh menyebabkan mereka ralit dengan fantasi.
Beliau berkata individu menonton atau melihat bahan lucah juga akan berdepan masalah ketagihan hingga akhirnya menjejaskan potensi hidup mereka dan menyebabkan hilang fokus berikutan sentiasa menginginkan keseronokkan. — The Merdeka Times