Terkini
Naratif ‘kuasai Mandarin’ dimainkan media tempatan, perlekeh bahasa kebangsaan
Naratif “menguasai Mandarin” yang kini dilihat sedang menguasai identiti persekolahan negara dan dikaitkan dengan ungkapan “rich Chinese culture” yang dimainkan media tempatan didakwa memperlekehkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Naratif “menguasai Mandarin” yang kini dilihat sedang menguasai identiti persekolahan negara dan dikaitkan dengan ungkapan “rich Chinese culture” yang dimainkan media tempatan didakwa memperlekehkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC-IIUM), Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata perkara itu juga akan mendhaifkan Bahasa Melayu dan budaya Melayu yang merupakan asas kepada budaya kebangsaan.
- Naratif berkenaan turut didakwa beliau akan mencorak kesedaran orang ramai bahawa menguasai bahasa Melayu melalui sekolah kebangsaan tidak akan memberi peluang yang cerah kepada kerjaya seseorang.
- “Naratif surat khabar ini menindas nilai bahasa kebangsaan, membawa implikasi bahawa bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) adalah sempit dan kolot.
- “Ini adalah contoh naratif yang menghasut. Surat khabar dan kewartawanan yang tidak beretika,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis yang turut memuat naik tangkap layar hantaran Facebook laporan media tempatan tentang kelebihan kaum bukan Cina menguasai bahasa Mandarin.
KUALA LUMPUR — Naratif “menguasai Mandarin” yang kini dilihat sedang menguasai identiti persekolahan negara dan dikaitkan dengan ungkapan “rich Chinese culture” yang dimainkan media tempatan didakwa memperlekehkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC-IIUM), Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata perkara itu juga akan mendhaifkan Bahasa Melayu dan budaya Melayu yang merupakan asas kepada budaya kebangsaan.
Naratif berkenaan turut didakwa beliau akan mencorak kesedaran orang ramai bahawa menguasai bahasa Melayu melalui sekolah kebangsaan tidak akan memberi peluang yang cerah kepada kerjaya seseorang.
“Naratif surat khabar ini menindas nilai bahasa kebangsaan, membawa implikasi bahawa bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) adalah sempit dan kolot.
“Ini adalah contoh naratif yang menghasut. Surat khabar dan kewartawanan yang tidak beretika.
“Kita sedang menghadapi kewartawanan yang subversif terhadap kepentingan negara dan kebangsaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis yang turut memuat naik tangkap layar hantaran Facebook laporan media tempatan tentang kelebihan kaum bukan Cina menguasai bahasa Mandarin.
Petikan hantaran media tempatan berbahasa Inggeris itu antaranya mengatakan menguasai bahasa Mandarin bukan sahaja memberi kelebihan dalam kerjaya bagi individu bukan Cina yang pernah bersekolah di sekolah Cina, namun juga meluaskan pandangan dan perspektif mereka tentang budaya Cina yang kaya.
Turut disertakan video berdurasi dua minit 29 saat memaparkan dua individu dipercayai bangsa Melayu yang juga masing-masing merupakan alumni Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pu Nan.
Kedua-dua lelaki itu menceritakan tentang bagaimana menguasai bahasa Mandarin membantu dan memberi kelebihan buat mereka dalam kerjaya.
Pelaporan itu difahamkan adalah sebahagian daripada siri Media in Arms, ‘SJKC: Realiti untuk pelajar Bukan Cina’ yang membabitkan kerjasama lima media arus perdana. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/