Connect with us

Terkini

Kolumnis Malaysiakini dakwa UiTM amal aparteid dirujuk Pejabat Peguam Negara – Ketua Polis Negara

Kertas siasatan ke atas kolumnis Malaysiakini, Andrew Sia berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengamalkan sistem ‘apartheid’ sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Selasa. 

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (kiri) & kolumnis sebuah portal berita tempatan, Andrew Sia (kanan).
  • Kertas siasatan ke atas kolumnis Malaysiakini, Andrew Sia berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengamalkan sistem ‘apartheid’ sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Selasa. 
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata tindakan berkenaan diambil selepas pihaknya selesai mengambil keterangan Andrew.
  • “Kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada pejabat AGC pada 4 Jun (semalam).
  • “Kita masih menunggu arahan lanjut berkaitan kes itu,” katanya dipetik Berita Harian di sini hari ini.
  • Razarudin pada 27 Mei lalu dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 60 laporan polis membabitkan isu berkenaan di seluruh negara.
  • Beliau sebelum ini dilaporkan mengesahkan polis membuka kertas siasatan ke atas Andrew, 57, berhubung penulisannya itu selepas 14 laporan polis diterima berkenaan penulisan kolumnis bertajuk Our Apartheid Academy, UiTM yang difahamkan dimuat naik di Malaysiakini.

KUALA LUMPUR — Kertas siasatan ke atas kolumnis Malaysiakini, Andrew Sia berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengamalkan sistem ‘apartheid’ sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Selasa. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata tindakan berkenaan diambil selepas pihaknya selesai mengambil keterangan Andrew.

“Kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada pejabat AGC pada 4 Jun (semalam).

“Kita masih menunggu arahan lanjut berkaitan kes itu,” katanya dipetik Berita Harian di sini hari ini.

Razarudin pada 27 Mei lalu dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 60 laporan polis membabitkan isu berkenaan di seluruh negara.

Beliau sebelum ini dilaporkan mengesahkan polis membuka kertas siasatan ke atas Andrew, 57, berhubung penulisannya itu selepas 14 laporan polis diterima berkenaan penulisan kolumnis bertajuk Our Apartheid Academy, UiTM yang difahamkan dimuat naik di Malaysiakini.

Media melaporkan laporan pertama diterima adalah daripada ketua penerangan parti politik berusia 37 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. 

Andrew memberi komen berkenaan protes pelajar Bumiputera ke atas beberapa pelajar bukan Bumiputra yang diterima masuk bagi jurusan pembedahan kardiotorasik di UiTM. 

Difahamkan, isu kemasukan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera menjadi perbincangan susulan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan ‘Parallel Pathway’ bukan Bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan Bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara – Nancy

Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh DOSM menunjukkan TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
  • “Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan TFR termasuk faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
  • “Pada masa sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian.

Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

“LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

Menurut Nancy, pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

“Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending