Connect with us

Terkini

Kekal dasar sedia ada, UiTM nafi buka pengambilan bukan bumiputera

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menegaskan dasar pengambilan pelajar sedia ada akan dikekalkan dan tiada perbincangan atau cadangan mengenai perubahan dasar berkaitan kemasukan pelajar bukan bumiputera ke universiti awam itu di peringkat Senat mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib.
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) menegaskan dasar pengambilan pelajar sedia ada akan dikekalkan dan tiada perbincangan atau cadangan mengenai perubahan dasar berkaitan kemasukan pelajar bukan bumiputera ke universiti awam itu di peringkat Senat mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti.
  • Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib berkata pendirian itu sejajar dengan  kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang turut menekankan komitmen kerajaan terhadap objektif asal penubuhan  UiTM.
  • “UiTM akan terus berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 yang menyatakan UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
  • The Merdeka Times semalam melaporkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM membantah cadangan supaya institusi pendidikan awam itu membuka kemasukan kepada bukan bumiputera.
  • Dalam usaha menegaskan pendirian itu, MPP UiTM tersebut melancarkan kempen #MahasiswaUiTMBantah bermula kelmarin hingga hari ini untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada seluruh mahasiswa mengenai hak asasi keadilan bumiputera. 

KUALA LUMPUR — Universiti Teknologi MARA (UiTM) menegaskan dasar pengambilan pelajar sedia ada akan dikekalkan dan tiada perbincangan atau cadangan mengenai perubahan dasar berkaitan kemasukan pelajar bukan bumiputera ke universiti awam itu di peringkat Senat mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib berkata pendirian itu sejajar dengan  kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang turut menekankan komitmen kerajaan terhadap objektif asal penubuhan  UiTM.

“UiTM akan terus berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 yang menyatakan UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. 

“Kami akan terus menjalankan misi dan visi institusi ini untuk memperkasakan bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

The Merdeka Times semalam melaporkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM membantah cadangan supaya institusi pendidikan awam itu membuka kemasukan kepada bukan bumiputera.

Dalam usaha menegaskan pendirian itu, MPP UiTM tersebut melancarkan kempen #MahasiswaUiTMBantah bermula kelmarin hingga hari ini untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada seluruh mahasiswa mengenai hak asasi keadilan bumiputera. 

Difahamkan, isu kemasukan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera menjadi perbincangan susulan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Shahrin Sahib menyeru semua mahasiswa untuk fokus kepada pelajaran dan menggunakan masa di universiti dengan bijak bagi mempersiapkan diri menghadapi masa depan yang mencabar.

“Inilah perjuangan hakiki seorang mahasiswa: untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat, serta membuktikan cinta kepada agama, bangsa, dan tanah air.

“UiTM komited untuk terus menjadi institusi pendidikan tinggi yang memartabatkan bumiputera melalui peluang pendidikan berkualiti, sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *