Connect with us

Antarabangsa

Tindakan Biden isytihar Trans Visibility Day ketika perayaan Kristian cetus kemarahan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berdepan kritikan golongan konservatif dan agama yang mencemuh tindakannya mengisytiharkan 31 Mac sebagai Transgender Day of Visibility untuk tahun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berdepan kritikan golongan konservatif dan agama mencemuh tindakannya mengisytiharkan 31 Mac sebagai Transgender Day of Visibility untuk tahun ini.
  • Tarikh itu pada tahun ini bertepatan dengan hari Ahad Easter atau Paskah yang merupakan hari kebesaran penganut Kristian.
  • Sambutan itu direka untuk “menghormati keberanian dan sumbangan luar biasa warga transgender AS dan mengesahkan komitmen negara kita untuk membentuk kesatuan yang lebih sempurna,” kata Rumah Putih dipetik RT.
  • Tradisi meraikan kejayaan golongan transgender pada hari terakhir bulan Mac bermula pada 2009 dan tidak akan jatuh pada hari Ahad Paskah lagi sehingga 2086. 
  • Bagaimanapun, pertemuan tarikh pada tahun ini mencetuskan kemarahan pengkritik konservatif dengan sesetengah pihak menggelarnya sebagai “penghinaan mutlak” sehingga menjenamakan Demokrat sebagai “kultus syaitan”.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berdepan kritikan golongan konservatif dan agama yang mencemuh tindakannya mengisytiharkan 31 Mac sebagai Transgender Day of Visibility untuk tahun ini.

Tarikh itu pada tahun ini bertepatan dengan hari Ahad Easter atau Paskah yang merupakan hari kebesaran penganut Kristian.

Sambutan itu direka untuk “menghormati keberanian dan sumbangan luar biasa warga transgender AS dan mengesahkan komitmen negara kita untuk membentuk kesatuan yang lebih sempurna,” kata Rumah Putih dipetik RT.

“Hari ini, kami menghantar mesej kepada semua transgender Amerika: Kamu disayangi. Kamu didengari. Kamu difahami. Ini tempat kamu. Kamu adalah Amerika, termasuk seluruh Pentadbiran saya, dan sokongan saya untuk kamu semua,” kata Biden dalam pengisytiharan pada Jumaat.

Tradisi meraikan kejayaan golongan transgender pada hari terakhir bulan Mac bermula pada 2009 dan tidak akan jatuh pada hari Ahad Paskah lagi sehingga 2086. 

Bagaimanapun, pertemuan tarikh pada tahun ini mencetuskan kemarahan pengkritik konservatif dengan sesetengah pihak menggelarnya sebagai “penghinaan mutlak” sehingga menjenamakan Demokrat sebagai “kultus syaitan”.

“Satu tamparan ke muka ratusan juta warga Kristian di Amerika dan di seluruh dunia,” kata Jim Blanks, calon Senat parti Republikan.

“Tiada batasan yang Demokrat tidak akan langkah untuk mencemuh kepercayaan anda, supaya diabainya Tuhan (to thumb his nose at God),” kata Ahli Kongres Georgia Marjorie Taylor Greene.

Bekas presiden dan calon Republikan Donald Trump juga memberi respon terhadap kontroversi itu, melabel ia langkah “menghinakan” dan menuduh pentadbiran Biden melakukan “serangan panjang bertahun lama terhadap kepercayaan Kristian.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending