Antarabangsa
Siar tangisan bayi dan jeritan wanita, Israel ‘pancing’ rakyat Palestin untuk dibunuh – Laporan Euro-Med
Tentera Israel bertindak menyiarkan rakaman jeritan wanita dan tangisan bayi untuk menarik keluar rakyat Palestin ke jalanan di Gaza bagi membunuh mereka, lapor badan pemantau hak asasi.

- Tentera Israel bertindak menyiarkan rakaman jeritan wanita dan tangisan bayi untuk menarik keluar rakyat Palestin ke jalanan di Gaza bagi membunuh mereka, lapor badan pemantau hak asasi.
- Kumpulan berpangkalan di Geneva, Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med berkata, teknik itu digunakan untuk menakut-nakutkan dan menyasarkan orang awam Palestin di kem pelarian Nuseirat di tengah wilayah Gaza yang kini diserang Israel.
- Testimoni penduduk yang bercakap dengan pasukan itu mengesahkan terdengar bunyi tangisan dan jeritan yang disiarkan pada lewat malam pada Ahad dan Isnin.
- Apabila penduduk keluar untuk menyiasat dan cuba memberikan bantuan, mereka disasarkan dengan tembakan dan dron quadcopter Israel, kata laporan itu.
- Teknik membimbangkan itu digunakan untuk menarik keluar penduduk kem ke jalanan, di mana mereka lebih mudah dijadikan sasaran penembak tepat Israel, kata Euro-Med.
Tentera Israel bertindak menyiarkan rakaman jeritan wanita dan tangisan bayi untuk menarik keluar rakyat Palestin ke jalanan di Gaza bagi membunuh mereka, lapor badan pemantau hak asasi.
Kumpulan berpangkalan di Geneva, Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med berkata teknik itu digunakan untuk menakut-nakutkan dan menyasarkan orang awam Palestin di kem pelarian Nuseirat di tengah wilayah Gaza yang kini diserang Israel.
Testimoni penduduk yang bercakap dengan pasukan itu mengesahkan terdengar bunyi tangisan dan jeritan yang disiarkan pada lewat malam pada Ahad dan Isnin.
Apabila penduduk keluar untuk menyiasat dan cuba memberikan bantuan, mereka disasarkan dengan tembakan dan dron quadcopter Israel, kata laporan itu.
Teknik membimbangkan itu digunakan untuk menarik keluar penduduk kem ke jalanan, di mana mereka lebih mudah dijadikan sasaran penembak tepat Israel, kata Euro-Med.
Pengarah strategi Euro-Med di Gaza, Maha Hussaini memberitahu The New Arab bahawa beberapa bunyi sering disiarkan pada lewat malam ketika jalanan didapati kosong.
“Teknik dan bunyi bising ini digunakan terutamanya untuk membawa orang keluar dan menyasarkan mereka, kerana pada waktu malam tiada orang keluar, terutamanya berikutan serangan rambang dan pengeboman ke atas Kem Nuseirat,” katanya.
“Pasukan Israel tidak menemui sesiapa untuk disasarkan, jadi mereka menggunakan helah ini untuk menipu orang ramai.
“Dalam beberapa hari lalu, beberapa orang cedera disebabkan teknik ini, sekitar tujuh orang, sebahagian daripada mereka disasarkan di kepala ketika mana mereka menjenguk untuk melihat dari mana datangnya bunyi itu,” kata Maha.
Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 33,899 rakyat Palestin terbunuh dan 76,664 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.
Angka kematian di Israel akibat serangan Hamas pada 7 Oktober ialah 1,139 dan puluhan masih ditahan di Gaza. – The Merdeka Times
