Connect with us

Terkini

Reman lelaki Israel dilanjut tujuh hari lagi

Reman lelaki warga Israel, Shalom Avitan, 38, yang ditahan kerana  memiliki enam pucuk pistol bersama 200 butir peluru disambung tujuh hari bermula semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Reman lelaki warga Israel, Shalom Avitan, 38, yang ditahan kerana  memiliki enam pucuk pistol bersama 200 butir peluru disambung tujuh hari bermula semalam.
  • “Permohonan sambung reman terhadap Shalom dibuat bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan secara terperinci.
  • “Kita masih memerlukan sedikit masa dalam mengumpulkan segala bukti kukuh berkaitan suspek utama (Shalom) dan pasangan suami isteri warga tempatan yang turut disambung reman pada Jumaat lalu,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dipetik Kosmo ketika dihubungi pada Ahad.
  • Razarudin berkata siasatan masih menjurus ke arah motif dan tujuan utama Shalom memiliki senjata api itu.

KUALA LUMPUR – Reman lelaki warga Israel, Shalom Avitan, 38, yang ditahan kerana  memiliki enam pucuk pistol bersama 200 butir peluru disambung tujuh hari bermula semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata tindakan berkenaan diambil berikutan reman sebelum ini terhadap lelaki terbabit tamat pada Ahad.

“Permohonan sambung reman terhadap Shalom dibuat bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan secara terperinci.

“Kita masih memerlukan sedikit masa dalam mengumpulkan segala bukti kukuh berkaitan suspek utama (Shalom) dan pasangan suami isteri warga tempatan yang turut disambung reman pada Jumaat lalu,” katanya dipetik Kosmo ketika dihubungi pada Ahad.

Razarudin berkata siasatan masih menjurus ke arah motif dan tujuan utama Shalom memiliki senjata api itu.

“Selain itu siasatan juga masih dibuat terhadap kesemua 15 individu yang masih ditahan termasuk Shalom dan pasangan suami isteri warga tempatan terbabit,” katanya.

Beliau berkata seorang daripada suspek berperanan sebagai pemandu kepada Shalom yang ditahan di Cameron Highlands pada 29 Mac lalu, sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan ke atasnya selesai.

“Secara keseluruhan, jumlah individu yang ditahan pada masa ini adalah seramai 15 orang, termasuk dua lelaki warga Turki dan seorang lelaki warga Georgia,” katanya. —The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *