Terkini
Mansuh lesen operasi 24 jam kedai makan, naikkan cukai minuman dan makanan manis – CAP
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa memansuhkan lesen operasi 24 jam yang diberikan kepada kedai makan berikutan kajian menunjukkan terdapat kesan negatif makan lewat malam seperti berat badan bertambah, gangguan tidur dan masalah penghadaman.

- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa memansuhkan lesen operasi 24 jam yang diberikan kepada kedai makan berikutan kajian menunjukkan terdapat kesan negatif makan lewat malam seperti berat badan bertambah, gangguan tidur dan masalah penghadaman.
- Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata sudah sekian lama pihaknya menggesa kerajaan melarang kedai makan beroperasi 24 jam kerana akses terhad kepada makan lewat malam akan menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat.
- Beliau berkata Kerajaan perlu lebih serius mengawal persekitaran yang menggalakkan obesiti dengan mewajibkan semua kedai makanan ditutup pada tengah malam, bukan dibenarkan beroperasi 24 jam sehari.
- Kerajaan juga perlu berani dalam menangani isu obesiti dengan menarik semula makanan tidak sihat dan menaikkan cukai ke atas semua jenis minuman dan makanan manis selain menyediakan insentif dan rancangan jangka panjang.
- Katanya, ia juga sekali gus berpotensi untuk memupuk tabiat pemakanan lebih sihat dan menggalakkan tabiat tidur lebih baik.
- “Dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 50.1% daripada penduduk dewasa dilaporkan mengalami berat badan berlebihan (30.4%) atau obes (19.7%),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa memansuhkan lesen operasi 24 jam yang diberikan kepada kedai makan berikutan kajian menunjukkan terdapat kesan negatif makan lewat malam seperti berat badan bertambah, gangguan tidur dan masalah penghadaman.
Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata sudah sekian lama pihaknya menggesa kerajaan melarang kedai makan beroperasi 24 jam kerana akses terhad kepada makan lewat malam akan menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat.
Beliau berkata Kerajaan perlu lebih serius mengawal persekitaran yang menggalakkan obesiti dengan mewajibkan semua kedai makanan ditutup pada tengah malam, bukan dibenarkan beroperasi 24 jam sehari.
Selain itu, Kerajaan juga perlu berani dalam menangani isu obesiti dengan menarik semula makanan tidak sihat dan menaikkan cukai ke atas semua jenis minuman dan makanan manis selain menyediakan insentif dan rancangan jangka panjang.
“Pada masa ini rakyat Malaysia berada dalam keadaan tidak sihat memandangkan kita mempunyai prevalens obesiti tertinggi dalam kalangan orang dewasa di Asia Tenggara.
“Dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 50.1 peratus daripada penduduk dewasa dilaporkan mengalami berat badan berlebihan (30.4 peratus) atau obes (19.7 peratus),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sekalipun memendekkan waktu operasi untuk kedai makan tidak akan menyelesaikan sepenuhnya isu obesiti di Malaysia, namun ia akan membantu mengurangkan makan lewat malam dalam kalangan rakyat Malaysia.
Katanya, ia juga sekali gus berpotensi untuk memupuk tabiat pemakanan lebih sihat dan menggalakkan tabiat tidur lebih baik.
“Penyelidikan menunjukkan individu makan lewat malam melebihi 40 peratus daripada keperluan tenaga harian mereka yang menimbulkan faktor risiko ketara bagi obesiti.
“Tabiat pemakanan tidak sihat, ditambah pemakanan tidak seimbang terdiri daripada makanan tinggi kandungan lemak dan garam (makanan biasa rakyat Malaysia) semasa snek selepas makan malam, juga dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
