Antarabangsa
Halang Iran pertahankan diri, AS perlekeh undang-undang antarabangsa
Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.

- Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.
- Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata ia juga menggambarkan hak asasi manusia hanyalah permainan geopolitik AS dan barat.
- Beliau turut mempersoalkan tindakan AS dan sekutunya yang sama sekali tidak mengutuk serangan Israel ke bangunan konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu.
- “Apabila Israel bom kedutaan Iran, kenapa AS dan sekutunya tidak kutuk keganasan Israel dan nyatakan Iran ada hak untuk pertahankan diri (self defence)? Kenapa AS pula nak halang Iran dari melaksanakan haknya?,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
Kuala Lumpur – Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat cuba menghalang Iran melaksanakan haknya untuk mempertahankan diri menunjukkan undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan AS.
Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata ia juga menggambarkan hak asasi manusia hanyalah permainan geopolitik AS dan barat.
“Nampak sangat undang-undang antarabangsa tidak diendahkan dan diperlekehkan oleh AS.
“Nampak sangat hak asasi manusia adalah alat permainan geopolitik AS dan barat.
“Nampak sangat rakyat Pal*stn tiada nilai.
“Kalau Iran diserang kelak, percayalah rakyat Iran pun tiada nilai. Kalau genosid pun berlaku, AS dan barat akan tutup mata,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
Beliau turut mempersoalkan tindakan AS dan sekutunya yang sama sekali tidak mengutuk serangan Israel ke bangunan konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu.
“Apabila Israel bom kedutaan Iran, kenapa AS dan sekutunya tidak kutuk keganasan Israel dan nyatakan Iran ada hak untuk pertahankan diri (self defence)? Kenapa AS pula nak halang Iran dari melaksanakan haknya?,” katanya.
Presiden AS, Joe Biden pada Sabtu mengutuk serangan Iran ke atas kemudahan ketenteraan di Israel selain menjanjikan tindak balas diplomatik G7 yang diselaraskan.
Katanya, tentera AS membantu Israel menembak jatuh hampir semua dron dan peluru berpandu dilancarkan Iran. – The Merdeka Times
