Connect with us

Terkini

Lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM12,000 akibat perolok isu stoking kalimah Allah

Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah ‘Allah’ ditulis adalah menghina agama Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh yang membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah, Chiok Wai Loong.
  • Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah ‘Allah’ ditulis adalah menghina agama Islam.
  • Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.
  • Dalam rayuannya, lelaki berkenaan memohon tidak dipenjarakan kerana tidak mahu kehilangan kerja.
  • “Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ‘keyboard warrior’, saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.
  • “Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina,” katanya dipetik Berita Harian di sini hari ini.
  • Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh bagaimanapun, memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

KUALA LUMPUR — Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah ‘Allah’ ditulis adalah menghina agama Islam.

Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

Dalam rayuannya, lelaki berkenaan memohon tidak dipenjarakan kerana tidak mahu kehilangan kerja.

“Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ‘keyboard warrior’, saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.

“Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina,” katanya dipetik Berita Harian di sini hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh bagaimanapun, memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

“Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai berhubung isu ini yang menunjukkan keseriusan hantaran yang dibuat bersifat sensitif kepada penganut agama Islam,” katanya.

The Merdeka Times pada 18 Mac lalu melaporkan Wai Loong membuat permohonan maaf di Facebook (FB) kerana memuat naik status seakan-akan menyindir reaksi Muslim yang dilihat terlalu ‘sensitif’ dalam insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di sebuah kedai serbaneka baru-baru ini.

Difahamkan, Chiok Wai Loong membuat permohonan maaf menerusi satu klip video selepas ditemui pengguna FB Tok Panglima Aduka yang mencari Wai Loong di rumah ibu bapa lelaki itu susulan hantaran FB ditulis Wai Loong tular di media sosial.

Wai Loong sebelum ini menulis dua hantaran berbeza yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam iaitu berkenaan insiden stoking tertera tulisan kalimah Allah yang dilihat menambah ketegangan orang ramai, termasuk memuat naik gambar stoking yang mempunyai wajahnya sendiri dengan hantaran, ‘Saya hina saya sendiri…siapa nak beli?…’.

Kedua-dua hantaran itu didapati sudah dipadamkan di FB Wai Loong, bagaimanapun tangkap layar hantaran berkenaan tetap ‘menular’ di media sosial, terutama Facebook. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending