Connect with us

Terkini

(VIDEO) Isu stoking kalimah Allah: Peguam jelaskan kesalahan KK Mart di sisi undang-undang

Kesalahan dilakukan KK Mart berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu kedai serbanekanya memenuhi elemen bagi kesalahan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor.
  • Kesalahan dilakukan KK Mart berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu kedai serbanekanya memenuhi elemen bagi kesalahan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
  • Peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor berkata sekiranya bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu mempersoalkan apakah kesalahan dilakukan KK Mart di sisi undang-undang, maka dalam isu ini jelas kesalahan itu adalah KK Mart menjual stoking tertera kalimah Allah di mana perkataan itu diagungkan masyarakat Islam, namun ia diletakkan di stoking yang digunakan di kaki.
  • Elemen (di bawah seksyen) 298 (kanun keseksaan) dia kata, “barang siapa dengan sengaja berniat…” dalam kes KK Mart ini macam mana dia nak kata stoking itu dia tak pasti? Dia tak perasan? 
  • “Sebab barang ‘consignment’ ada SOP dia sebelum naik atas rak (di kedai), jadi pada saya niat itu ada.
  • “‘..Hendak melukakan perasaan agama mana-mana orang”, orang Islam menganggap bahawa perkataan Allah itu sangat mulia sangat agung jadi bila dia melukakan perasaan dengan meletakkan (tulisan Allah) dekat stoking, itu sudah memenuhi elemen dan kemudian dengan tujuan untuk menyebabkan melukakan hati itu maka itu satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini semalam.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertanyaan Ping Sieu berkenaan apakah kesalahan dilakukan KK Mart di sisi undang-undang dalam isu stoking tertera kalimah Allah.

KUALA LUMPUR — Kesalahan dilakukan KK Mart berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu kedai serbanekanya memenuhi elemen bagi kesalahan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor berkata sekiranya bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu mempersoalkan apakah kesalahan dilakukan KK Mart di sisi undang-undang, maka dalam isu ini jelas kesalahan itu adalah KK Mart menjual stoking tertera kalimah Allah di mana perkataan itu diagungkan masyarakat Islam, namun ia diletakkan di stoking yang digunakan di kaki.

Nor Zabetha berkata situasi itu jelas perbuatan menyinggung perasaan penganut agama Islam, maka beliau menyokong sekiranya sebarang tindakan diambil terhadap KK Mart.

Elemen (di bawah seksyen) 298 (kanun keseksaan) dia kata, “barang siapa dengan sengaja berniat…” dalam kes KK Mart ini macam mana dia nak kata stoking (ada tulisan Allah) itu dia tak pasti? Dia tak perasan? 

“Sebab barang ‘consignment’ ada SOP dia sebelum naik atas rak (di kedai), jadi pada saya niat itu ada.

“‘..Hendak melukakan perasaan agama mana-mana orang”, orang Islam menganggap bahawa perkataan Allah itu sangat mulia sangat agung jadi bila dia melukakan perasaan dengan meletakkan (tulisan Allah) dekat stoking, itu sudah memenuhi elemen dan kemudian dengan tujuan untuk menyebabkan melukakan hati itu maka itu satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertanyaan Ping Sieu berkenaan apakah kesalahan dilakukan KK Mart di sisi undang-undang dalam isu stoking tertera kalimah Allah.

Ping Sieu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dalam Parlimen yang berkata KK Mart dan vendornya boleh disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bekas Naib Presiden MCA itu berpendapat Seksyen 233 tidak dapat membuktikan kes, manakala kejahilan atau kecuaian juga tidak boleh didakwa di bawah Seksyen 298A.

Mengulas lanjut, Nor Zabetha tidak dapat menafikan dalam isu KK Mart tersebut, ia tidak memenuhi elemen kesalahan di bawah Seksyen 233 kerana ia lebih kepada kesalahan dalam memuat naik sesuatu yang sumbang dan jelik di internet.

“Kalau dalam 298 ini saya rasa mungkin lebih tepat berbanding 298A (kerana) dia ada satu elemen lagi iaitu apabila dia buat perbuatan tersebut itu ia akan menyebabkan perbalahan, orang bergaduh so mungkin dari perspektif undang-undang yang bekas MCA (Ping Sieu) ini tengah tengok adalah berkaitan undang-undang yang mana.

“Sebab any how kalau dia tidak setuju ke (siasatan dijalankan), dia setuju sekalipun misalnya, yang pertama biar sahaja pihak berkuasa buat siasatan.

“Siasatan pihak polis kadang-kadang mula-mula di siasat di bawah satu seksyen tiba-tiba bila dia dah siasat-siasat, dia tengok kesalahan ini lebih tepat dekat elemen seksyen lain. 

“Contoh kata nak buka 298A, bila tengok balik elemennya pada 298 kanun keseksaan, maka dia akan buka pertuduhan 298 sebab apa saja menteri itu (Shamsul Anuar) kata, “298A, 233 Akta Komunikasi”, itu hanya kenyataan awal, yang menyiasat pihak polis,” kata pengamal undang-undang itu. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Syarikat arak sumbang derma, Dong Jiao Zong mahu kerajaan berfikiran terbuka

Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.
  • “Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.
  • Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah. 
  • KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.
  • “Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina,” kata Dong Jiao Zong.

KUALA LUMPUR — Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Dong Jiao Zong berkata selagi syarikat terbabit menjalankan perniagaan sah dan menyalurkan sumbangan atau derma tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat itu dan membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Sokongan masyarakat terhadap perkembangan pendidikan dan syarikat memainkan tanggungjawab sosial mereka akan menjadikan pengumpulan sumber lebih efektif. 

“Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.

Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah.

Foto: Tangkap layar hantaran Ketua Pemuda PAS Selangor di Facebooknya.

Isu itu juga mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjelaskan sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang.

KPM berkata larangan itu adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018, justeru pentadbir di institusi pendidikan KPM diingatkan supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

Mengulas kenyataan KPM, Dong Jiao Zong mengingatkan pihak berkuasa untuk mengekalkan penilaian profesional dan rasional serta tidak terpengaruh dengan bahasa politik. 

“Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina.

“Perlu diketahui, sekolah Cina telah lama menghadapi masalah seperti bangunan yang uzur, kekurangan infrastruktur dan dana yang tidak mencukupi. 

“Selama 30 tahun lalu, syarikat alkohol TIGER bersama-sama individu prihatin telah aktif mengumpul dana untuk sekolah Cina, dengan berjaya mengumpul ratusan juta ringgit untuk beratus-ratus sekolah Cina di seluruh negara. 

“Sumbangan ini yang menguntungkan ramai pelajar sepatutnya dipuji, namun kini telah diputarbelitkan dengan tujuan mencetuskan konflik perkauman, merosakkan keharmonian masyarakat,” kata kumpulan pendidikan Cina itu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending