Terkini
Bas ekspres boleh turunkan pelajar IPT dalam kampus — Anthony Loke
Pengendali bas ekspres boleh mengemukakan permohonan kelulusan khas bertempoh kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menurunkan pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) terus ke dalam kampus.
- “Kementerian Pengangkutan melalui APAD mengeluarkan kelulusan khas bertempoh untuk bas ekspres menurunkan pelajar IPT terus ke dalam kampus pada waktu tertentu.
- “Pengendali bas ekspres perlu membuat permohonan kepada APAD bagi mendapatkan surat kelulusan terbabit,” kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dipetik Berita Harian menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen hari ini.
- Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang mahu Kementerian Pengangkutan menyatakan sama ada bas ekspres dibenarkan menurunkan mahasiswa berdekatan dengan IPT mereka atas faktor keselamatan dan penjimatan kos, terutama pada waktu malam.
KUALA LUMPUR — Pengendali bas ekspres boleh mengemukakan permohonan kelulusan khas bertempoh kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menurunkan pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) terus ke dalam kampus.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kemudahan itu dibenarkan dalam situasi tertentu, terutama pada lewat malam.
Kelulusan berkenaan turut diberi jika perkhidmatan pengangkutan batuan akhir seperti bas berhenti-henti, teksi dan e-hailing sukar diperoleh.
“Kementerian Pengangkutan melalui APAD mengeluarkan kelulusan khas bertempoh untuk bas ekspres menurunkan pelajar IPT terus ke dalam kampus pada waktu tertentu.
“Pengendali bas ekspres perlu membuat permohonan kepada APAD bagi mendapatkan surat kelulusan terbabit,” katanya dipetik Berita Harian menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang mahu Kementerian Pengangkutan menyatakan sama ada bas ekspres dibenarkan menurunkan mahasiswa berdekatan dengan IPT mereka atas faktor keselamatan dan penjimatan kos, terutama pada waktu malam. — The Merdeka Times