Terkini
(VIDEO) Mansuhkan pelantikan panel farmasi terbuka kepada semua, LZS digesa utamakan farmasi Muslim – Tinjauan
Tawaran pelantikan panel farmasi program bantuan perubatan asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dibuat secara terbuka perlu dimansuhkan dengan menetapkan hanya Muslim dibenarkan atau sekurang-kurangnya diberi keutamaan untuk menjadi panel farmasi atau vendor di negeri itu.
- Tinjauan The Merdeka Times di sekitar ibu kota mendapati rata-rata masyarakat tidak bersetuju dengan tindakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang melantik farmasi bukan Islam sebagai panel farmasi program bantuan perubatan asnaf membabitkan penggunaan duit zakat.
- “Bagi saya sepatutnya (LZS) meletakkan syarat Muslim sahaja yang dibenarkan (jadi panel farmasi LZS).
- “…Cadangan saya mansuhkan non-Muslim (boleh jadi) panel (farmasi) zakat (LZS). Kita mansuhkan kita masukkan Muslim sahaja (boleh jadi panel) sebab apa-apa zakat memang Muslim sahaja yang bayar, so apa-apa kita akan settle dengan Muslim,” kata pekerja swasta ingin dikenali sebagai Ryan ketika ditemui di Sri Rampai di sini hari ini.
- Kakitangan swasta, Mohd Shakran Abdullah, 38, berkata LZS sepatutnya meletakkan keutamaan kepada farmasi milik individu Islam dalam syarat pelantikan menjadi panel farmasi kerana mereka penyumbang terbesar duit zakat.
- Mohd Shakran berkata LZS juga sepatutnya mewujudkan kitaran ekonomi dalam kalangan Muslim memandangkan banyak farmasi Muslim dilihat membayar zakat kepada LZS.
- “Yang bayar zakat orang Islam sahaja rasanya orang bukan Islam tak bayar pun zakat. So bagi aku tak ada keperluan untuk dia (LZS) kata, ok ‘non-Muslim or Muslim’ (boleh jadi panel farmasi), aku rasa Muslim sahaja sebab yang (bayar) zakat semua orang-orang Islam sahaja, orang Muslim sahaja lah,” kata peniaga yang mahu dikenali sebagai Min.
KUALA LUMPUR — Tawaran pelantikan panel farmasi program bantuan perubatan asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dibuat secara terbuka perlu dimansuhkan dengan menetapkan hanya Muslim dibenarkan atau sekurang-kurangnya diberi keutamaan untuk menjadi panel farmasi atau vendor di negeri itu.
Tinjauan The Merdeka Times di sekitar ibu kota mendapati rata-rata masyarakat tidak bersetuju dengan tindakan LZS yang melantik farmasi bukan Islam sebagai panel farmasi program bantuan perubatan asnaf membabitkan penggunaan duit zakat.
Pekerja swasta yang ingin dikenali sebagai Ryan, 24, berkata tidak sewajarnya farmasi bukan Islam dilantik menjadi panel dalam program itu sedangkan yang membayar duit zakat merupakan kelompok Muslim.
“Bagi saya sepatutnya (LZS) meletakkan syarat Muslim sahaja yang dibenarkan (jadi panel farmasi LZS).
“…Cadangan saya mansuhkan non-Muslim (boleh jadi) panel (farmasi) zakat (LZS). Kita mansuhkan kita masukkan Muslim sahaja (boleh jadi panel) sebab apa-apa zakat memang Muslim sahaja yang bayar, so apa-apa kita akan settle dengan Muslim,” katanya ketika ditemui di Sri Rampai di sini hari ini.
Senada dengan Ryan, kakitangan swasta, Mohd Shakran Abdullah, 38, berkata LZS sepatutnya meletakkan keutamaan kepada farmasi milik individu Islam dalam syarat pelantikan menjadi panel farmasi kerana mereka penyumbang terbesar duit zakat.
Mohd Shakran berkata LZS juga sepatutnya mewujudkan kitaran ekonomi dalam kalangan Muslim memandangkan banyak farmasi Muslim dilihat membayar zakat kepada LZS.
Beliau berkata sebarang projek yang boleh menjana ekonomi dan pendapatan kepada individu Muslim sepatutnya diberikan kepada kelompok itu.
“Saya yakin keputusan diambil LZS ini mungkin mereka dah buat satu saringan yang sudah complete cuma sepatutnya dalam requirement itu diletakkan keutamaan ataupun priority kepada farmasi-farmasi milik orang Islam kerana mereka penyumbang terbesar untuk LZS.
“….Ini adalah satu cabang atau bidang yang perlu dititikberatkan LZS selain mereka memberi sumbang kepada asnaf-asnaf salah satu fungsi LZS juga adalah mewujudkan ekonomi buat orang-orang Islam.
“So di samping memberi bantuan secara umum mereka (LZS) juga beri bantuan kepada orang-orang Islam memulakan perniagaan buat modal sebagainya so orang kata ini satu perkara LZS perlu lebih fokus untuk mewujudkan lebih banyak farmasi-farmasi yang dimiliki orang Islam sendiri,” kata Mohd Shakran.
Peniaga yang ingin dikenali sebagai Melur berpandangan adalah wajib meletakkan syarat hanya Muslim yang boleh menjadi panel farmasi program bantuan perubatan asnaf membabitkan penggunaan duit zakat.
“Better isu (panel farmasi LZS) ini tak payah bagi kepada non-Muslim, kita orang Islamkan ramaikan banyak yang asnaf takut kita tak dapat bagi yang betul-betul perlukan duit itu, takut karang orang non-Muslim ini fikiran dia tak sama fikiran orang Islam dia pun tak tahu apa yang zakat perlu guna duit itu kan?
“Wajib letak (syarat hanya Muslim sahaja) sebab kita pun ada ja mualaf cuma dia bangsa sahaja lainkan? Mualaf pun boleh lakukan semua ini orang Islam pun boleh tak perlu kut ada orang non-Muslim uruskan zakat ini ke untuk panel perubatan,” katanya.
Peniaga yang ingin dikenali sebagai Min turut berpandangan sama di mana beliau menegaskan keutamaan perlu diberikan kepada mereka yang beragama Islam.
“Yang bayar zakat orang Islam sahaja rasanya orang bukan Islam tak bayar pun zakat. So bagi aku tak ada keperluan untuk dia (LZS) kata, ok ‘non-Muslim or Muslim’ (boleh jadi panel farmasi), aku rasa Muslim sahaja sebab yang (bayar) zakat semua orang-orang Islam sahaja, orang Muslim sahaja lah,” katanya.
The Merdeka Times (TMT) sebelum ini dengan memetik sumber industri melaporkan LZS didakwa tidak mengutamakan farmasi Muslim dalam pelantikan farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf di negeri itu membabitkan penggunaan duit zakat.
Malah siasatan dan semakan TMT sejak bulan lalu mendapati terdapat kawasan seperti di Gombak di mana bilangan farmasi bukan Muslim dilantik sebagai panel/vendor program itu adalah melebihi farmasi Muslim.
LZS bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan mengatakan syarat pelantikan adalah terbuka berdasarkan syarat dan kelayakan, selain setakat ini tidak memberi respons kepada permintaan TMT mengenai jumlah (pecahan farmasi Muslim/bukan Muslim) farmasi yang dilantik sebagai panel bagi program bantuan perubatan asnafnya pada tahun ini. — The Merdeka Times