Antarabangsa
Mahkamah Belanda arah kerajaannya henti salur alat ganti jet pejuang F-35 ke Israel
Mahkamah Belanda mengarahkan kerajaannya menghentikan penghantaran alat ganti jet pejuang F-35 digunakan Israel dalam operasi pengebomannya di wilayah Gaza.
- Mahkamah Belanda mengarahkan kerajaannya menghentikan penghantaran alat ganti jet pejuang F-35 digunakan Israel dalam operasi pengebomannya di wilayah Gaza.
- Dalam keputusan yang disampaikan mahkamah rayuan semalam menyatakan terdapat “risiko jelas” bahawa alat ganti yang dieksport Belanda itu digunakan dalam situasi yang melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
- Sebagai tindak balas kepada keputusan itu, kerajaan Belanda akan membuat rayuan di Mahkamah Agung dengan alasan alat ganti itu penting bagi Israel untuk melindungi dirinya daripada ancaman serantau, contohnya dari Iran, Yaman, Syria dan Lubnan.
Mahkamah Belanda mengarahkan kerajaannya menghentikan penghantaran alat ganti jet pejuang F-35 digunakan Israel dalam operasi pengebomannya di wilayah Gaza.
Dalam keputusan yang disampaikan mahkamah rayuan semalam menyatakan terdapat “risiko jelas” bahawa alat ganti yang dieksport Belanda itu digunakan dalam situasi yang melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Jelas mahkamah, Israel berkemungkinan menggunakan F-35 nya dalam serangan ke atas Gaza, yang membawa kepada angka korban jiwa yang tidak boleh diterima.
Sebagai tindak balas kepada keputusan itu, kerajaan Belanda akan membuat rayuan di Mahkamah Agung dengan alasan alat ganti itu penting bagi Israel untuk melindungi dirinya daripada ancaman serantau, contohnya dari Iran, Yaman, Syria dan Lubnan.
Keputusan semalam merupakan rayuan susulan Amnesty International dan Oxfam terhadap keputusan mahkamah rendah tahun lalu yang menolak hujah mereka bahawa membekalkan alat ganti itu membawa kepada dakwaan “menyumbang pelanggaran undang-undang kemanusiaan secara besar-besaran dan serius oleh Israel di Gaza.”
Organisasi hak asasi manusia sebelum ini menuduh kerajaan negara itu terlibat dalam jenayah perang dengan meneruskan penghantaran tersebut.
Kementerian Kesihatan Gaza pada Isnin berkata sekurang-kurangnya 28,340 orang terbunuh dan 67,984 orang cedera di wilayah terkepung itu sepanjang peperangan, termasuk 164 dalam tempoh 24 jam yang lalu. – The Mereka Times