Antarabangsa
Israel senaraikan Aman Palestin penyumbang dana kepada Hamas
Biro Kebangsaan bagi Pencegahan Pembiayaan Keganasan (NBCTF) Israel menyenaraikan Aman Palestin sebagai organisasi yang menyalurkan dana kepada Hamas.

- Biro Kebangsaan bagi Pencegahan Pembiayaan Keganasan (NBCTF) Israel menyenaraikan Aman Palestin sebagai organisasi yang menyalurkan dana kepada Hamas.
- Antara organisasi lain tersenarai ialah Human Appeal International, Al-Rahma International, Muslim Aid, Qatar Charity dan Al-Quds Foundation Malaysia.
- Majoriti organisasi yang disenaraikan NBCTF di laman sesawangnya didakwa mempunyai pertalian dengan kumpulan pembebasan Palestin itu dengan label Hamas affiliation.
- NBCTF berfungsi sebagai pusat risikan yang memerangi pembiayaan ‘keganasan’ yang ditubuhkan Kabinet Israel pada 2018.
Biro Kebangsaan bagi Pencegahan Pembiayaan Keganasan (NBCTF) Israel menyenaraikan Aman Palestin sebagai organisasi yang menyalurkan dana kepada Hamas.
Antara organisasi lain tersenarai ialah Human Appeal International, Al-Rahma International, Muslim Aid, Qatar Charity dan Al-Quds Foundation Malaysia.
Majoriti organisasi disenaraikan NBCTF di laman sesawangnya didakwa mempunyai pertalian dengan kumpulan pembebasan Palestin itu dengan label Hamas affiliation.
NBCTF berfungsi sebagai pusat risikan yang memerangi pembiayaan ‘keganasan’ yang ditubuhkan Kabinet Israel pada 2018.
“Biro Kebangsaan Menentang Pembiayaan Keganasan (NBCTF) di Kementerian Pertahanan ditubuhkan pada Mac 2018. Pembentukan NBCTF atas keputusan Kabinet Israel yang membentangkan fungsi dan objektif Biro.
“Menteri Pertahanan melantik Pengarah NBCTF dengan rundingan bersama Perdana Menteri dan lapor terus kepada Menteri Pertahanan,” kata NBCTF di laman sesawangnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara, termasuk Amerika Syarikat, yang mengenakan sekatan secara unilateral ke atas mana-mana pihak dalam isu Palestin. – The Merdeka Times
