Antarabangsa
Houthi larang kapal bendera Israel, AS dan British belayar di Laut Merah, Teluk Aden dan Laut Arab
Kumpulan Houthi Yaman memberi amaran kepada syarikat insurans perkapalan bahawa mana-mana kapal pemilikan penuh atau sebahagiannya oleh individu atau entiti Israel atau kapal berbendera Israel diharamkan dari Laut Merah, Teluk Aden dan Laut Arab.
- Kumpulan Houthi Yaman memberi amaran kepada syarikat insurans perkapalan bahawa mana-mana kapal pemilikan penuh atau sebahagiannya oleh individu atau entiti Israel atau kapal berbendera Israel diharamkan dari Laut Merah, Teluk Aden dan Laut Arab.
- Menurut Reuters, kenyataan dari Pusat Koordinasi Operasi Kemanusiaan Houthi yang dihantar kepada syarikat perkapalan juga berkata kapal dimiliki individu atau entiti Amerika Syarikat (AS) atau British, atau belayar di bawah bendera mereka juga diharamkan.
- Lewat Khamis, sebuah kapal kargo milik British di Laut Merah dibedil dua peluru berpandu dilancarkan Houthi, mengakibatkan kerosakan dan kecederaan ringan, demikian menurut tentera AS.
Kumpulan Houthi Yaman memberi amaran kepada syarikat insurans perkapalan bahawa mana-mana kapal pemilikan penuh atau sebahagiannya oleh individu atau entiti Israel atau kapal berbendera Israel diharamkan dari Laut Merah, Teluk Aden dan Laut Arab.
Menurut Reuters, kenyataan dari Pusat Koordinasi Operasi Kemanusiaan Houthi yang dihantar kepada syarikat perkapalan juga berkata kapal dimiliki individu atau entiti Amerika Syarikat (AS) atau British, atau belayar di bawah bendera mereka juga diharamkan.
Lewat Khamis, sebuah kapal kargo milik British di Laut Merah dibedil dua peluru berpandu dilancarkan Houthi, mengakibatkan kerosakan dan kecederaan ringan, demikian menurut tentera AS.
Sebelum itu, AS memintas enam dron Houthi di Laut Merah yang disifatkan sebagai ancaman segera kepada AS dan kapal tentera laut bersekutu, umum Pusat Arahan AS melalui satu hantaran di media sosial.
Sekurang-kurangnya 29,410 rakyat Palestin terbunuh dan 69,465 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober. Angka kematian semakan semula di Israel ketika serangan 7 Oktober pula ialah 1,139. – The Merdeka Times