Terkini
Akaun dibeku: Aman Palestin heret SPRM ke mahkamah
Peguam mewakili Aman Palestin, Rafique Rashid berkata ia dilakukan susulan SPRM tidak menjawab sebarang surat diutuskan ke suruhanjaya itu bertarikh 27 November 2023 dan 9 Januari 2024, yang merayu dan memohon pertimbangan bagi akaun-akaun pertubuhan bukan kerajaan itu dinyahbekukan.

- Peguam mewakili Aman Palestin, Rafique Rashid berkata ia dilakukan susulan SPRM tidak menjawab sebarang surat diutuskan ke suruhanjaya itu bertarikh 27 November 2023 dan 9 Januari 2024, yang merayu dan memohon pertimbangan bagi akaun-akaun pertubuhan bukan kerajaan itu dinyahbekukan.
- Rafique berkata akaun-akaun itu dimohon untuk dinyahbekukan bagi tujuan bantuan kewangan dihantar terus kepada mangsa keganasan perang di Palestin di mana krisis kemanusiaan terus meruncing dan ratusan mati setiap hari.
- “Hari ini (31 Januari 2024) jam 6.57 petang, Aman Palestin Berhad melalui peguamnya, telah memfailkan: permohonan semakan kehakiman (ex parte) terhadap SPRM dan Kerajaan Malaysia, afidavit sokongan menyokong semakan kehakiman, Penyata Selaras menurut Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan Perakuan Segera.
- “Aman Palestin Berhad menyerahkan urusan ini pada sistem Kehakiman untuk mencapai kebenaran serta sebagai langkah untuk membersihkan namanya dari tomahan jahat dan dakwaan-dakwaan palsu penyelewengan RM70 juta (yang dinafikan),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
KUALA LUMPUR — Aman Palestin Berhad memfailkan semakan kehakiman (ex parte) terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Malaysia pada Rabu.
Peguam mewakili Aman Palestin, Rafique Rashid berkata ia dilakukan susulan SPRM tidak menjawab sebarang surat diutuskan ke suruhanjaya itu bertarikh 27 November 2023 dan 9 Januari 2024, yang merayu dan memohon pertimbangan bagi akaun-akaun pertubuhan bukan kerajaan itu dinyahbekukan.
Rafique berkata akaun-akaun itu dimohon untuk dinyahbekukan bagi tujuan bantuan kewangan dihantar terus kepada mangsa keganasan perang di Palestin di mana krisis kemanusiaan terus meruncing dan ratusan mati setiap hari.
“Hari ini (31 Januari 2024) jam 6.57 petang, Aman Palestin Berhad melalui peguamnya, telah memfailkan: permohonan semakan kehakiman (ex parte) terhadap SPRM dan Kerajaan Malaysia, afidavit sokongan menyokong semakan kehakiman, Penyata Selaras menurut Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan Perakuan Segera.
“Aman Palestin Berhad menyerahkan urusan ini pada sistem Kehakiman untuk mencapai kebenaran serta sebagai langkah untuk membersihkan namanya dari tomahan jahat dan dakwaan-dakwaan palsu penyelewengan RM70 juta (yang dinafikan),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
SPRM pada 23 November lalu dilaporkan membekukan 41 akaun Aman Palestin Bhd dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00.
