Connect with us

Terkini

AGC bantah permohonan Aman Palestin berhubung isu akaun dibekukan

Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membantah permohonan kebenaran Aman Palestin Berhad untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung akaun bank dibekukan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membantah permohonan kebenaran Aman Palestin Berhad untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung akaun bank dibekukan.
  • Peguam Kanan Persekutuan, Nur Irmawatie Daud mengesahkannya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh Serjit Singh pada Selasa.
  • Peguam Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali menegaskan perkara itu harus didengarkan segera kerana terdapat keperluan mendesak untuk menghantar bantuan kepada rakyat Palestin yang terjejas disebabkan konflik di Gaza.
  • “Kita telah failkan perakuan segera, kita perlu segerakan pendengaran ini seperti seluruh dunia tahu bantuan amat diperlukan,” katanya dipetik Astro Awani ketika bercakap kepada media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.
  • Aman Palestin Berhad sebelum ini dilaporkan memfailkan semakan kehakiman (ex parte) terhadap SPRM dan Kerajaan Malaysia pada Rabu lalu.

KUALA LUMPUR — Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membantah permohonan kebenaran Aman Palestin Berhad untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung akaun bank dibekukan.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Peguam Kanan Persekutuan, Nur Irmawatie Daud mengesahkannya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh Serjit Singh pada Selasa.

Pada masa sama, Peguam Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali turut mengesahkan perkara itu ketika bercakap kepada media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Rafique menegaskan perkara itu harus didengarkan segera kerana terdapat keperluan mendesak untuk menghantar bantuan kepada rakyat Palestin yang terjejas disebabkan konflik di Gaza.

“Kita telah failkan perakuan segera, kita perlu segerakan pendengaran ini seperti seluruh dunia tahu bantuan amat diperlukan.

“Jadi disebabkan tidak ada sebarang jawapan, hari ini kita hadir mahkamah pendengaran jam 9 pagi, kami dapat pengesahan, bantahan akan difailkan Jabatan Peguam Negara,” katanya dipetik Astro Awani.

Beliau menyatakan dengan jelas kepada pihak SPRM bahawa anak guamnya, Aman Palestin sememangnya memberikan kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat SPRM sejak Oktober tahun lalu.

“Namun Aman Palestin sememangnya memerlukan dana mereka dikeluarkan segera.

“Ini kerana terdapat badan NGO besar di Turki, Syria, Yaman dan Lubnan yang sudah bersiap sedia untuk menerima dana tersebut,” kata Rafique.

Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Februari ini untuk mendengar permohonan kebenaran Aman Palestin. 

Aman Palestin Berhad sebelum ini dilaporkan memfailkan semakan kehakiman (ex parte) terhadap SPRM dan Kerajaan Malaysia pada Rabu lalu.

Rafique berkata ia dilakukan susulan SPRM tidak menjawab sebarang surat diutuskan ke suruhanjaya itu bertarikh 27 November 2023 dan 9 Januari 2024, yang merayu dan memohon pertimbangan bagi akaun-akaun pertubuhan bukan kerajaan itu dinyahbekukan.

Beliau berkata akaun-akaun itu dimohon untuk dinyahbekukan bagi tujuan bantuan kewangan dihantar terus kepada mangsa keganasan perang di Palestin di mana krisis kemanusiaan terus meruncing dan ratusan mati setiap hari. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending