Antarabangsa
Protes serangan Israel di Gaza, Houthi disenarai semula AS sebagai organisasi pengganas
Kumpulan Houthi di Yaman disenarai semula sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) susulan ‘tindakannya’ di Laut Merah bagi memprotes serangan rejim Israel ke atas Gaza.

- Kumpulan Houthi di Yaman disenarai semula sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) susulan ‘tindakannya’ di Laut Merah bagi memprotes serangan rejim Israel ke atas Gaza.
- Penyenaraian semula kumpulan Ansarallah (Houthi) itu diumumkan Setiausaha Negara AS, Antony J. Blinken dalam satu kenyataan, semalam.
- Melalui tindakan itu, sekatan keras ke atas Houthi akan dilakukan bertujuan menghalang pembiayaan dan senjata yang digunakan kumpulan itu untuk menyerang atau merampas kapal di laluan perkapalan Laut Merah sebagai tindak balas serangan rejim Israel ke atas Gaza.
- Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan dilaporkan berkata pengklasifikasian berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari bermula semalam itu, boleh dinilai semula jika Houthi menghentikan serangan di Laut Merah.
Kumpulan Houthi di Yaman disenarai semula sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) susulan ‘tindakannya’ di Laut Merah bagi memprotes serangan rejim Israel ke atas Gaza.
Penyenaraian semula kumpulan Ansarallah (Houthi) itu diumumkan Setiausaha Negara AS, Antony J. Blinken dalam satu kenyataan, semalam.
Jabatan Negara AS mengklasifikasikan Houthi sebagai “Specially Designated Global Terrorist” (SDGT) atau Pengganas Global Tetapan Khas di bawah Perintah Eksekutif 13224.
Pengkelasan itu menyasarkan kumpulan tersebut dengan sekatan keras, bertujuan menghalang pembiayaan dan senjata yang digunakan Houthi untuk menyerang atau merampas kapal di laluan perkapalan Laut Merah sebagai tindak balas serangan rejim Israel ke atas Gaza.
“Serangan ini menepati definisi buku teks keganasan,” kata salah seorang pegawai pentadbiran AS sebelum taklimat pengumuman itu dipetik Middle East Eye.
Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan dilaporkan berkata pengklasifikasian berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari bermula semalam itu, boleh dinilai semula jika Houthi menghentikan serangan di Laut Merah. – The Merdeka Times
