Terkini
Bengkel MRM bantu tingkatkan kefahaman tentang Islam – Profesor Universiti Agder, Norway
Bengkel Pengenalan Islam anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) berjaya membantu meningkatkan kefahaman tentang Islam dalam kalangan pesertanya dari Universiti Agder, Norway.
KUALA LUMPUR – Bengkel Pengenalan Islam anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) berjaya membantu meningkatkan kefahaman tentang Islam dalam kalangan pesertanya dari Universiti Agder, Norway.
Pensyarah Jabatan Agama, Falsafah, dan Sejarah Universiti Agder, Profesor Trond Frestad berkata bengkel selama dua hari bermula kelmarin dan disertai 30 pelajarnya berjalan dengan amat baik.
“Secara keseluruhannya, kami sangat, sangat, sangat gembira dengan semuanya,” katanya di Wisma MRM di Wangsa Maju di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkongsian Pengasas MRM, Firdaus Wong di bengkel pengenalan Islam itu.
“Firdaus terbaik! Dia mempunyai, saya melihatnya dari, saya seorang guru-pendidik, jadi saya melihatnya dari sudut pandangan saya, jadi dari sudut pendidikan, perspektif sains pendidikan, dia mempunyai begitu banyak kebolehan yang baik.
“Dia mempersembahkan dengan cara yang bagus, dia menyentuh semua orang, dia menerima cabaran dengan cara yang sangat merendah diri, tetapi pada masa yang sama dengan cara yang sangat profesional.
“Dengan cara penyampaiannya, saya pasti akan mengambilnya bekerja di Sekolah saya, pasti! Saya pasti akan menjadikan dia guru di sekolah saya. Kerana saya sangat menghargai cara beliau menyampaikan mesejnya,” katanya.
Ditanya mengenai keperluan individu mempelajari tentang agama khususnya Islam, Trond menekankan adalah penting untuk mempelajari dan memahami sesuatu sebelum seseorang itu boleh bercakap mengenainya.
“Kamu boleh kata bahawa ah ini adalah orang Islam dan mereka melakukan seperti ini dan ini dan ini, tindakan itu (sesuatu yang) sangat tidak bernuansa.
“Ia (satu generalisasi yang) terlalu umum, kamu tidak boleh bersikap begitu, kamu perlu memahami sebelum kamu bercakap, kamu mesti berilmu sebelum boleh membuat kenyataan, dan ah, melainkan kamu tahu apa yang diucapkan, lebih baik kamu diam,” katanya. – The Merdeka Times