Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Kanak-kanak, wanita halal dibunuh masa perang – Rabbi Yahudi

Seorang Rabbi Yahudi mendakwa kitab suci Torah menuntut tiada belas kasihan ditunjukkan kepada mana-mana pihak, termasuk kanak-kanak dan wanita ketika peperangan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Kanak-kanak, wanita halal dibunuh masa perang – Rabbi Yahudi
Foto : Rabbi Yaron Reuven.

Seorang Rabbi Yahudi mendakwa kitab suci Torah menuntut tiada belas kasihan ditunjukkan kepada mana-mana pihak, termasuk kanak-kanak dan wanita ketika peperangan.

Klip video ucapan Rabbi Yahudi bernama Yaron Reuven yang kelihatan seperti sedang bersyarah itu dimuat naik akaun media sosial platform Instagram @palestine.graph.

“Ketika perang, tidak istilah belas kasihan, apabila kamu bertarung dengan musuh, tiada (istilah) kasihan, Torah tidak membenarkan untuk mengasihani atau apa sahaja, ketika perang.

“Tidak (dibenarkan) kepada kanak-kanak, tidak (dibenarkan) kepada wanita, tidak (dibenarkan) kepada sesiapa pun,” katanya dalam video yang tidak dapat dipastikan tarikh rakamannya itu.

Rabbi Yaron berkata tiada belas kasihan patut ditonjolkan kepada kanak-kanak kerana adanya kemungkinan seseorang anak mewarisi ideologi ayahnya.

“Kitab suci kita kata ketika perang, tidak ada kasihan, kamu mungkin fikir kamu kasihan kepada kanak-kanak namun sebenarnya kamu tidak kasihan kepadanya, kerana kanak-kanak itu akan membesar dengan ideologinya, akan menjadi lebih teruk daripada ideologi bapanya,” katanya.

Rabbi itu turut memetik dua ayat berbeza dari buku Deuteronomy, Torah yang menjelaskan tiada belas kasihan ditonjolkan dalam memerangi musuh, sama ada lelaki, wanita dan kanak-kanak dan mereka hendaklah dilenyapkan sepenuhnya kerana mereka tiada hak untuk hidup dalam perang.

Apa dikatakan Rabbi Yahudi itu jelas berbeza dengan ajaran Islam di mana wanita dan kanak-kanak, tidak boleh dijadikan sasaran dalam peperangan, malah Islam menuntut tawanan perang dilayan dengan baik.  – The Merdeka Times

Sumber: Instagram – palestine.graph

Author