Connect with us

Antarabangsa

‘Jangan mati untuk Sinwar, mengalah sekarang’, Netanyahu minta pejuang Hamas mengaku kalah

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggesa Hamas mengangkat ‘bendera putih’ selepas mendakwa rejim penjajah zionis berjaya menangkap ratusan pejuang kumpulan Palestin itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggesa Hamas mengangkat ‘bendera putih’ selepas mendakwa rejim penjajah zionis berjaya menangkap ratusan pejuang kumpulan Palestin itu.
  • Netanyahu berkata perang antara rejim Israel dengan kumpulan pembebasan Palestin itu masih berjalan, namun mendakwa ia merupakan permulaan kepada berakhirnya perjuangan Hamas.
  • “Saya menyeru kepada pengganas Hamas: Ia sudah berakhir. Jangan mati untuk Yahya Sinwar (Pemimpin Hamas), mengalah sekarang.
  • “Beberapa hari lalu, ratusan anggota Hamas telah mengalah kepada kami. Mereka telah meletakkan senjata dan menyerah diri kepada tentera kami yang hero,” katanya dipetik Jerusalem Post pada Ahad.
  • Beberapa hari lalu, media Israel menerbitkan laporan kononnya ratusan pejuang Hamas ditangkap di wilayah utara Gaza, namun laporan media mendedahkan ia hanya propaganda media rejim zionis.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggesa Hamas mengangkat ‘bendera putih’ selepas mendakwa rejim penjajah zionis berjaya menangkap ratusan pejuang kumpulan Palestin itu.

Netanyahu berkata perang antara rejim Israel dengan kumpulan pembebasan Palestin itu masih berjalan, namun mendakwa ia merupakan permulaan kepada berakhirnya perjuangan Hamas.

“Saya menyeru kepada pengganas Hamas: Ia sudah berakhir. Jangan mati untuk Yahya Sinwar (Pemimpin Hamas), mengalah sekarang.

“Beberapa hari lalu, ratusan anggota Hamas telah mengalah kepada kami. Mereka telah meletakkan senjata dan menyerah diri kepada perwira tentera kami,” katanya dipetik Jerusalem Post pada Ahad.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony J Blinken pada hari sama berkata, adalah menjadi tanggungjawab Israel untuk menetapkan jadual perang.

“Semua orang ingin melihat kempen ini berakhir secepat mungkin,” katanya.

Beberapa hari lalu, media Israel menerbitkan laporan kononnya ratusan pejuang Hamas ditangkap di wilayah utara Gaza, namun laporan media mendedahkan ia hanya propaganda media rejim zionis.

Sebaliknya media antarabangsa melaporkan ratusan lelaki Palestin yang ditahan, dibogelkan dan diikat tangan serta ditutup mata itu adalah orang awam berlindung di utara Gaza, bukannya pejuang sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam.

Qatar pada Isnin memaklumkan negara Teluk itu sedang berusaha untuk mencapai gencatan senjata baru antara rejim zionis Israel dengan Hamas.

Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Al Thani, pihaknya tidak akan berputus asa mengusahakan perkara itu meskipun dilihat tipis berikutan serangan berterusan negara haram Israel terhadap wilayah Gaza ketika ini. – The Merdeka Times

Author