Terkini
Tempoh kelulusan 6 lesen dipendekkan kepada 24 jam melalui i-Lesen
Tempoh kelulusan bagi enam jenis lesen kini dipendekkan daripada tujuh hari kepada 24 jam sahaja melalui Sistem i-Lesen yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

- Tempoh kelulusan enam jenis lesen kini dipendekkan daripada tujuh hari kepada 24 jam sahaja melalui Sistem i-Lesen yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
- Menterinya Nga Kor Ming berkata enam lesen itu ialah Lesen Kutipan Komersial, Perindustrian, Keinstitusian; Lesen Kutipan Isi Rumah; Lesen Pembersihan Awam; Lesen Kutipan Pembinaan; Lesen Pengangkutan Jauh dan Lesen Pelupusan Operasi Fasiliti.
- Beliau berkata Sistem i-Lesen yang dibangunkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dapat meningkatkan tahap produktiviti sehingga 90 peratus berbanding sebelum ini.
- “Melalui Sistem i-Lesen, tempoh masa yang diambil oleh JPSPN untuk meluluskan permohonan lesen adalah 24 jam setelah bayaran dibuat, berbanding tujuh hari sebelum ini melalui kaedah manual,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Inisiatif Digitalisasi Industri Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara di sini hari ini.
Putrajaya: Tempoh kelulusan bagi enam jenis lesen kini dipendekkan daripada tujuh hari kepada 24 jam sahaja melalui Sistem i-Lesen yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Menterinya Nga Kor Ming berkata enam lesen itu ialah Lesen Kutipan Komersial, Perindustrian, Keinstitusian; Lesen Kutipan Isi Rumah; Lesen Pembersihan Awam; Lesen Kutipan Pembinaan; Lesen Pengangkutan Jauh dan Lesen Pelupusan Operasi Fasiliti.
Beliau berkata Sistem i-Lesen yang dibangunkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) itu akan dapat meningkatkan tahap produktiviti sehingga 90 peratus berbanding sebelum ini.
“Melalui Sistem i-Lesen, tempoh masa yang diambil oleh JPSPN untuk meluluskan permohonan lesen adalah 24 jam setelah bayaran dibuat, berbanding tujuh hari sebelum ini melalui kaedah manual,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Inisiatif Digitalisasi Industri Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara di sini hari ini.
Dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib, Nga berkata pembayaran fi lesen melalui Sistem i-Lesen itu dapat dibuat “secara serta merta, pada bila-bila masa dan di mana jua pemohon lesen berada”, berbanding kaedah terdahulu iaitu bayaran secara manual di kaunter JPSPN.
Beliau berkata lebih 9,000 pemain industri perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam boleh membuat pembayaran fi lesen melalui Financial Process Exchange (FPX) dengan mana-mana 33 institusi perbankan yang bekerjasama dengan Affin Islamic Bank Bhd.
“Transaksi secara tanpa sentuhan ini secara tidak langsung akan mengurangkan masa dan tenaga yang diperlukan oleh pihak syarikat untuk hadir secara fizikal di kementerian ini untuk membuat pembayaran fi lesen secara manual,” katanya.
Sementara itu, Nga berkata KPKT bersama JPSPN merancang untuk mengadakan program pembangunan kompetensi untuk warga kerja dalam pengurusan sisa pepejal dengan pemberian kad kompetensi pekerja.
Beliau berkata kad kompetensi menjadi pengiktirafan bagi pekerja di lapangan yang dipastikan telah menerima latihan yang betul dan mempunyai pemahaman asas mengenai Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) serta peraturan-peraturan di bawah akta itu.
Menurutnya, terdapat kira-kira 18,289 pekerja tempatan yang terlibat dalam sektor pekerjaan 3D (sukar, berbahaya dan kotor) yang boleh ditingkatkan kemahiran mereka.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas