Terkini
Semua ADUN Selangor disaran sumbang RM5,000 untuk Gaza
Kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini diseru menyumbang ke dalam tabung kemanusiaan Palestin yang dicadang ditubuhkan bagi membantu mangsa keganasan tentera Israel di Gaza.

- 56 ADUN Selangor diseru sumbang ke dalam tabung kemanusiaan Palestin yang dicadang ditubuhkan bagi membantu mangsa keganasan tentera Israel di Gaza.
- Setiap ADUN disaran menyumbang RM5,000 ke dalam tabung tersebut yang disasarkan dapat mengumpul RM280,000 sebelum disalurkan bagi kegunaan pelbagai keperluan seperti makanan dan perubatan di negara Tebing Barat itu.
- “Pada waktu ini, ambulans di sana tidak lagi dapat bergerak dan penduduk dikepung di kesemua arah. Bekalan air, makanan, elektrik sehingga hospital diletupkan oleh zionis di Gaza. Dengan izin, we are having the worst humanitarian crisis among civilist humans yang mana genocide dan ethnic cleansing sedang berlaku di depan mata kita,” kata ADUN Bukit Lanjan, Pua Pei Ling dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Selangor Ke-15 2023.
SHAH ALAM: Kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini diseru menyumbang ke dalam tabung kemanusiaan Palestin yang dicadang ditubuhkan bagi membantu mangsa keganasan tentera Israel di Gaza.
Setiap ADUN disaran menyumbang RM5,000 ke dalam tabung tersebut yang disasarkan dapat mengumpul sehingga RM280,000 sebelum disalurkan bagi kegunaan pelbagai keperluan seperti makanan dan perubatan di negara Tebing Barat itu.
ADUN Bukit Lanjan, Pua Pei Ling ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2024 berkata, jika tabung tersebut ditubuhkan dan sumbangan berkenaan direalisasikan, Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini akan menjadi dewan pertama di negara ini yang menyumbang kepada mangsa keganasan di Palestin.
“Krisis kemanusian itu walaupun jauh beribu kilometer dari kita, hadirnya kita di dewan ini sebagai pemimpin tidak luntur pegangan untuk memainkan peranan sebagai ahli, nescaya Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang melakukan sebarang tindakan munasabah.
“Disaat kita berkumpul di dewan ini, laungan perit meminta pertolongan tidak terputus di dengar di sana.
“Pada waktu ini, ambulans di sana tidak lagi dapat bergerak dan penduduk dikepung di kesemua arah. Bekalan air, makanan, elektrik sehingga hospital diletupkan oleh zionis di Gaza. Dengan izin, we are having the worst humanitarian crisis among civilist humans yang mana genocide dan ethnic cleansing sedang berlaku di depan mata kita,” katanya dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Selangor Ke-15 2023.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak RM1 juta ke dalam Tabung Kemanusiaan Palestin yang dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan pada bulan lalu.
Selain itu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, kerajaan negeri menyatakan komitmen untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa krisis kemanusiaan akibat perang Israel – Palestin di Gaza termasuk menerima kertas cadangan daripada sebuah syarikat yang pernah bekerjasama dengan kerajaan negeri sebelum ini untuk membantu penduduk di Gaza.
“Kita akan ikut perkembangan dan berurusan dengan pihak berkenaan mungkin akan libatkan anak-anak syarikat kerajaan negeri sebab mereka perlukan top-up dari segi peralatan kesihatan pada ambulans yang sedang digunakan di Gaza,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas