Connect with us

Terkini

Saranan Reformasi Pendidikan PMX, ‘Bagai kehadiran hujan setelah kemarau’ – Maszlee Malik

Seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) segera melaksanakan proses reformasi pendidikan diibaratkan ‘bagai kehadiran hujan setelah kemarau yang sekian panjang melanda’.

Avatar

Published

on

Saranan Reformasi Pendidikan PMX, ‘Bagai kehadiran hujan setelah kemarau’ – Maszlee Malik
Foto: Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
  • Seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) segera melaksanakan proses reformasi pendidikan diibaratkan ‘bagai kehadiran hujan setelah kemarau yang sekian panjang melanda’.
  • Menyifatkan perumpamaan itu, bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kedua-dua kementerian berkenaan tidak boleh bertangguh lagi dan pada masa sama tidak perlu memulakannya daripada sifar.
  • Katanya, usaha itu sebenarnya dimulakan pada 2018-2019 melalui laporan Jawatankuasa Pendidikan Dasar Negara dan Jawatankuasa Reformasi Pendidikan Tinggi Negara, namun terhenti akibat konflik politik.
  • “Banyak penambahbaikan dan usaha inovatif selari dengan perkembangan semasa boleh dilakukan, tanpa perlu bermula dari titik permulaan. Bermula dari mana usaha sebelum ini berhenti. Hal itu lebih menjimatkan dan lebih progresif,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

KUALA LUMPUR – Seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) segera melaksanakan proses reformasi pendidikan diibaratkan ‘bagai kehadiran hujan setelah kemarau yang sekian panjang melanda’.

Menyifatkan perumpamaan itu, bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kedua-dua kementerian berkenaan tidak boleh bertangguh lagi dan pada masa yang sama tidak perlu memulakannya daripada sifar.

Katanya, usaha itu sebenarnya dimulakan pada 2018-2019 melalui laporan Jawatankuasa Pendidikan Dasar Negara dan Jawatankuasa Reformasi Pendidikan Tinggi Negara.

Bagaimanapun, usaha reformasi politik itu terhenti disebabkan konflik politik pada ketika itu.

“KPM dan KPT boleh merujuk kepada usaha-usaha sebelum ini, malah saya juga ada mencoretkan pernyataan polisi di dalam dua buku saya, ‘CPR for Malaysian Education’ dan ‘Reformasi Universiti, Agenda Ternafi’.

“Banyak penambahbaikan dan usaha inovatif selari dengan perkembangan semasa boleh dilakukan, tanpa perlu bermula dari titik permulaan. 

“Bermula dari mana usaha sebelum ini berhenti. Hal itu lebih menjimatkan dan lebih progresif,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Advertisement

Anwar sebelum ini mengingatkan KPM dan KPT untuk meningkatkan mutu pendidikan negara bermula awal tahun depan.

Beliau juga menyarankan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berbincang bagaimana kaedah untuk menggalakkan ibu bapa memberikan tumpuan ke atas pendidikan anak-anak.

Dalam pada itu, Maszlee menambah yang beliau yakin Kerajaan Perpaduan berteraskan agenda Malaysia Madani akan berupaya memacu reformasi pendidikan yang mapan di bawah pimpinan Anwar.

Usaha reformasi pendidikan kita akan bermula segera tanpa tangguh dan akan membuahkan hasil yang diharapkan oleh warga nusa tercinta Malaysia, katanya. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Maszlee Malik

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending