Antarabangsa
Remaja dalit dipukul, bapa dakwa dipaksa minum air kencing
Seorang remaja lelaki dalit berusia 14 tahun dipukul beberapa penduduk kampung di Uttar Pradesh (UP) di bawah seliaan Balai Polis Sujanganj, UP, India.
- Seorang remaja lelaki dalit berusia 14 tahun dipukul beberapa penduduk kampung di Uttar Pradesh (UP) di bawah seliaan Balai Polis Sujanganj, UP, India.
- NDTV melaporkan pegawai balai polis itu, Rohit Kumar Mishra memberitahu agensi berita PTI bahawa pihaknya menerima laporan bapa mangsa pada Jumaat lalu yang mengadu anaknya telah dipukul dan dipaksa minum air kencing.
- “Hasil siasatan awal mendapati remaja itu dipukul dua lelaki berkenaan kerana dipercayai mengejek seorang budak perempuan yang merupakan ahli keluarga lelaki berkenaan
- “Siasatan turut mendapati dakwaan remaja itu dipaksa minum air kencing adalah tidak benar,” kata pegawai polis itu.
- Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.
INDIA – Seorang remaja lelaki dalit berusia 14 tahun dipukul beberapa penduduk kampung di Uttar Pradesh (UP) di bawah seliaan Balai Polis Sujanganj, UP, India.
NDTV melaporkan pegawai balai polis itu, Rohit Kumar Mishra memberitahu agensi berita PTI bahawa pihaknya menerima laporan bapa mangsa pada Jumaat lalu yang mengadu anaknya telah dipukul dan dipaksa minum air kencing.
“Kita telah menerima aduan pada Jumaat dan Laporan Maklumat Pertama (FIR) telah dibuat pada Sabtu,” kata Mishra.
Susulan aduan itu, polis menahan dua penduduk kampung di bawah Seksyen 323 (menyebabkan kecederaan secara sukarela), 504 (penghinaan disengajakan) dan 506 (ugutan jenayah) Kanun Kesalahan India (IPC) dan seksyen-seksyen Akta SC/ST.
“Hasil siasatan awal mendapati remaja itu dipukul dua lelaki berkenaan kerana dipercayai mengejek seorang budak perempuan yang merupakan ahli keluarga lelaki berkenaan.
“Siasatan turut mendapati dakwaan remaja itu dipaksa minum air kencing adalah tidak benar,” katanya.
Polis memaklumkan pihaknya menerima aduan mengenai perbuatan remaja dalit itu daripada salah seorang individu yang ditahan.
Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.
Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.
Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India.
SUMBER: NDTV