Connect with us

Terkini

Penghantaran MALBATT ke Lubnan bukan untuk konflik Palestin-Israel

Malaysia tidak akan terlibat dengan konflik Palestin dan Israel yang sedang berlaku meskipun mengekalkan pendirian untuk menghantar pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) 850-11 ke Lubnan.

Wartawan TMT

Published

on

Penghantaran MALBATT ke Lubnan bukan untuk konflik Palestin-Israel
Foto: Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • Malaysia tidak akan terlibat dengan konflik Palestin dan Israel yang sedang berlaku meskipun mengekalkan pendirian untuk menghantar pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) 850-11 ke Lubnan.
  • Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan itu hanya untuk menggantikan pasukan terdahulu yang telah berada di negara berkenaan selama setahun.
  • Ia selaras dengan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengekalkan penghantaran pasukan daripada Malaysia dan negara-negara lain terlibat, katanya. 
  • Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia serta penghantaran kumpulan pertama MALBATT 850-11 di Pangkalan Udara Subang semalam.

SUBANG – Malaysia tidak akan terlibat dengan konflik Palestin dan Israel yang sedang berlaku meskipun mengekalkan pendirian untuk menghantar pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) 850-11 ke Lubnan.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, tindakan itu hanya untuk menggantikan pasukan terdahulu yang telah berada di negara berkenaan selama setahun.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, ia selaras dengan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengekalkan penghantaran pasukan daripada Malaysia dan negara-negara lain terlibat.

“Keputusan pun masih lagi mengekalkan supaya pasukan pengaman PBB belum ada perubahan. Maka kita Malaysia akan turut serta hantar dan ini merupakan pasukan pengganti.

“Jangan kata kita hantar ke Palestin, macam-macam malaun ada. Ini kita ganti pasukan sedia ada di Lubnan, kebetulannya bahawa kita punya pasukan yang ada setahun di sana memang nak balik, jadual untuk balik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia serta penghantaran kumpulan pertama MALBATT 850-11 di Pangkalan Udara Subang semalam.

Meskipun kem markas pasukan berkenaan jauh daripada kawasan yang sedang bergolak di Palestin namun Mohamad mengingatkan supaya semua anggota pasukan tersebut berhati-hati dan sentiasa bersedia.

Advertisement

“Sebagai tentera, kena siap sedia apa saja kemungkinan berlaku, untuk kita hadapi apa apa saja yang bakal dihadapi. Nasihat saya, kita punya anggota kena berhati-hati, walaupun sempadan jauh sikit, tak la jauh sangat 20 kilometer sahaja bezanya.

“Tapi apa sahaja boleh berlaku dan kita tetap di bawah PBB. Apa jua arahan, tindakan, keputusan PBB itu yang akan kita ikut,” ujarnya.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending