Terkini
PDRM akan kumpul maklumat ejen Mossad di negara ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumpul maklumat sekiranya terdapat aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini ekoran timbul ugutan terhadap Perdana Menteri yang menyatakan sokongan kepada Gaza dan Palestin.

- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumpul maklumat sekiranya terdapat aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini ekoran timbul ugutan terhadap Perdana Menteri yang menyatakan sokongan kepada Gaza dan Palestin.
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain, berkata polis melalui pasukan risikan akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkaitan perkara itu.
- “Ia termasuk isu ejen Mossad, sabotaj ekonomi atau ejen pengintipan. Sekiranya kita mempunyai maklumat terbabit, kita akan tangkap.
- “Bagaimanapun, untuk PDRM, sememangnya keselamatan dan ketenteraman di bawah Seksyen 3 (Akta Polis 1967) iaitu mengumpul maklumat perisikan adalah tugas kita yang tidak akan abaikan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman semalam.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumpul maklumat sekiranya terdapat aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini ekoran timbul ugutan terhadap Perdana Menteri yang menyatakan sokongan kepada Gaza dan Palestin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain, berkata polis melalui pasukan risikan akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkaitan perkara itu.
“Ia termasuk isu ejen Mossad, sabotaj ekonomi atau ejen pengintipan. Sekiranya kita mempunyai maklumat terbabit, kita akan tangkap.
“Bagaimanapun, untuk PDRM, sememangnya keselamatan dan ketenteraman di bawah Seksyen 3 (Akta Polis 1967) iaitu mengumpul maklumat perisikan adalah tugas kita yang tidak akan abaikan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman semalam.
Sebelum ini, Razarudin dalam satu wawancara bersama BH dilaporkan berkata pihaknya mengakui kehadiran kedua-dua pihak perisikan tempatan dan asing, menunjukkan potensi kebimbangan keselamatan yang mereka ajukan kepada Perdana Menteri.
Beliau memetik contoh pembunuhan Fadi Mohamed al-Batsh, 35, seorang profesor Palestin dan anggota Hamas, yang terbunuh dalam kes tembakan di Kuala Lumpur pada 2018, serta penahanan seorang wanita Malaysia tahun lalu kerana menculik seorang warga Palestin, yang dipercayai pakar pengaturcaraan komputer.
Siasatan itu, katanya mendapati wanita itu direkrut oleh agensi perisikan Israel Mossad pada 2016 dan dia berkhidmat sebagai ejen operatif bebas sehingga dia ditangkap.
“Apa yang saya maksudkan ialah jika seorang saintis dalam perisian (pakar pengaturcaraan komputer) untuk Hamas (boleh menjadi sasaran), Perdana Menteri kita lebih berisiko.
“Kita boleh mempunyai lebih ramai pakar perisian tetapi Malaysia hanya mempunyai seorang Perdana Menteri.
“Jadi saya yakin ada ancaman sama ada terhadap nyawanya (Anwar), kepada ekonomi kita dan lain-lain,” katanya.
Pada 24 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau menerima banyak ugutan daripada negara luar, susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.
Sumber: Berita Harian
