Terkini
Negara Islam tidak terima pelarian Palestin, ia buka ruang Israel takluk Gaza – Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat bahawa negara-negara Islam di Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menolak untuk menerima pelarian Palestin.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat negara-negara Islam di Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menolak untuk menerima pelarian Palestin.
- Menurut beliau, terdapat cadangan agar negara jiran seperti Jordan dan Mesir untuk mengambil pelarian Palestin yang tidak dipersetujui semua negara OIC.
- “… kerana ini hanya memberikan ruang kepada Israel untuk terus menceroboh dan menakluki Gaza.
- “… yang dilakukan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), adalah mengambil rakyat Palestin yang sakit dan parah terutama bayi dan kanak-kanak untuk rawatan di Abu Dhabi dan Dubai,” katanya dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat bahawa negara-negara Islam di Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menolak untuk menerima pelarian Palestin.
Menurut beliau, terdapat cadangan agar negara jiran seperti Jordan dan Mesir untuk mengambil pelarian Palestin yang tidak dipersetujui oleh semua negara OIC.
“… kerana ini hanya memberikan ruang kepada Israel untuk terus menceroboh dan menakluki Gaza.
“… yang dilakukan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), adalah mengambil rakyat Palestin yang sakit dan parah terutama bayi dan kanak-kanak untuk rawatan di Abu Dhabi dan Dubai,” katanya dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.
Anwar menjawab soalan asal daripada Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang meminta kerajaan menyatakan hasil mesyuarat Persidangan Kemuncak Tergempar OIC di Arab Saudi mengenai jenayah dan pembasmian kaum (genocide) yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
Memperincikan lanjut, Anwar berkata, Putrajaya juga menyambut baik langkah Inisiatif Keamanan Arab untuk mengambil rakyat Palestin yang cedera teruk akibat pengeboman di Gaza.
Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, OIC turut mengambil keputusan bahawa 10 negara Islam utama untuk memikirkan strategi dan memasukkan Menteri Luar dalam keputusan itu untuk bertindak.
“Kita telah mengusulkan Indonesia sebagai negara yang juga terkesan dalam serangan keatas Palestin dan terakhir serangan ke atas hospital Indonesia dan kita turut mengeluarkan kenyataan membantah.
“Hal ini tidak memberikan kesan kerana kedegilan dan keangkuhan yang didokong oleh beberapa negara barat,” katanya lagi.
Sumber: Astro Awani
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel