Connect with us

Terkini

Malaysia perlu batalkan lima reservasi dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak – Pesuruhjaya Suhakam

Malaysia perlu membatalkan kesemua lima reservasi yang masih terpakai terhadap Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC).

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia perlu batalkan lima reservasi dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak - Pesuruhjaya Suhakam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia perlu batalkan lima reservasi yang masih terpakai terhadap Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC).
  • Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak UKM dan Pesuruhjaya Suhakam, Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, ini bagi memastikan penjagaan hak kanak-kanak di Malaysia adalah menyeluruh.
  • “Antara lima tersebut, elemen yang paling penting ialah hak untuk tidak didiskriminasi. Ini sangat penting sebab kanak-kanak semua sama rata. Kita di Malaysia ada kanak-kanak tanpa dokumen, anak tanpa kewarganegaraan, dan anak pelarian.
  • “Baru-baru ini ada khabar menyatakan kita mahu ambil pelarian daripada Palestin. Jangan kita amalkan dwistandard. Kalau kita mahu tolong pelarian dan kanak-kanak dari Palestin, kita perlu juga lihat kanak-kanak dari Rohingya dan mana-mana negara yang berada di Malaysia. Itu yang saya rasa perlu kita pertahankan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu membatalkan kesemua lima reservasi yang masih terpakai terhadap Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC).

Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, ini bagi memastikan penjagaan hak kanak-kanak di Malaysia adalah menyeluruh.

“Sebenarnya kita ada 54 artikel dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC). Tetapi Malaysia yang menandatangani konvensyen tersebut sekalipun masih mengecualikan lima artikel.

“Antara lima tersebut, elemen yang paling penting ialah hak untuk tidak didiskriminasi. Ini sangat penting sebab kanak-kanak semua sama rata. Kita di Malaysia ada kanak-kanak tanpa dokumen, anak tanpa kewarganegaraan, dan anak pelarian.

“Baru-baru ini ada khabar menyatakan kita mahu ambil pelarian daripada Palestin. Jangan kita amalkan dwistandard. Kalau kita mahu tolong pelarian dan kanak-kanak dari Palestin, kita perlu juga lihat kanak-kanak dari Rohingya dan mana-mana negara yang berada di Malaysia. Itu yang saya rasa perlu kita pertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

Menurut Noor Aziah bahagian lain dalam CRC yang direservasi oleh Malaysia ialah Artikel berkaitan hak kewarganegaraan, hak beragama dan hak selamat daripada penyiksaan.

Advertisement

“Kita perlu kembali kepada asas konvensyen kanak-kanak itu dan pastikan semua pengecualian ditarik balik. Ini sangat penting, terutamanya pada sambutan Hari Kanak-kanak, hak kita dan masa depan kita. Masa depan apa kalau kita masih mengecualikan lima perkara ini,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending