Connect with us

Terkini

Lubnan serang serentak 19 kedudukan Israel sepanjang sempadan

Kumpulan Hizbullah di Lubnan menyerang 19 kedudukan Israel secara serentak di sepanjang sempadan menyebabkan berlakunya serangan balas daripada rejim zionis itu semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Lubnan serang serentak 19 kedudukan Israel sepanjang sempadan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan Hizbullah di Lubnan menyerang 19 kedudukan Israel secara serentak di sepanjang sempadan menyebabkan berlakunya serangan balas daripada rejim zionis itu semalam.
  • Kumpulan bersenjata disokong Iran itu berkata mereka menyasarkan kedudukan tentera Israel sepanjang sempadan secara serentak pada 3:30 petang (13:30 GMT) semalam dengan “peluru berpandu, peluru meriam” dan senjata-senjata lain.
  • Tentera Israel berkata mereka melakukan “serangan meluas” terhadap kumpulan itu, di mana “pesawat perang dan helikopter” menyasarkan Hizbullah.
  • Briged bersenjata Hamas berpangkalan di Lubnan berkata, mereka menembak sedozen roket ke bandar itu “sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai pendudukan terhadap rakyat mereka di Gaza”.

Kumpulan Hizbullah di Lubnan menyerang 19 kedudukan Israel secara serentak di sepanjang sempadan menyebabkan berlakunya serangan balas daripada rejim zionis itu semalam.

Kumpulan bersenjata disokong Iran itu berkata mereka menyasarkan kedudukan tentera Israel sepanjang sempadan secara serentak pada 3:30 petang (13:30 GMT) semalam dengan “peluru berpandu, peluru meriam” dan senjata-senjata lain.

Tentera Israel berkata mereka melakukan “serangan meluas” terhadap kumpulan itu di mana “pesawat perang dan helikopter” menyasarkan Hizbullah.

Serangan roket mencederakan dua orang di bandar Israel Kiryat Shmona berhampiran sempadan Lubnan, kata pegawai perubatan kecemasan Israel, Magen David Adom.

Briged bersenjata Hamas yang berpangkalan di Lubnan berkata, mereka menembak sedozen roket ke bandar itu “sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai pendudukan terhadap rakyat mereka di Gaza”.

Sempadan Israel-Lubnan menyaksikan peningkatan serangan balas yang kian meningkat, terutama di antara tentera Israel dan sekutu Hamas, Hizbullah.

Sejak perang bermula, lebih 9,000 rakyat Palestin di Gaza terkorban, manakala Israel mencatatkan lebih 1,400 warganya – yang majoritinya terkorban dalam serangan balas Hamas di selatan Israel 7 Oktober lalu.

Sumber: Al Jazeera

Author

Antarabangsa

Oklahoma arah semua sekolah awam ajar Bible

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.
  • Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.
  • “Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 
  • Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.

“Bible adalah dokumen sejarah yang diperlukan untuk mengajar anak-anak kita tentang negara ini,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 

Beliau berkata beberapa tokoh menggunakan Bible sebagai asas untuk dokumen asas dan pergerakan di negara ini. 

“Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters.

Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Kumpulan kebebasan awam dilaporkan memfailkan tuntutan mahkamah beberapa hari selepas arahan itu dikeluarkan dengan mengatakan undang-undang terbabit melanggar pemisahan gereja dan negeri, dan paparan itu akan mengasingkan pelajar, terutama mereka yang bukan beragama Kristian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending