Connect with us

Terkini

KPM sedia bantu Sarawak berhubung pentaksiran pendidikan – Fadhlina

Kerajaan Pusat bersedia membantu Sarawak berhubung cadangan kerajaan negeri itu memperkenalkan pentaksiran pendidikan standard untuk murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

KPM sedia bantu Sarawak berhubung pentaksiran pendidikan peringkat negeri – Fadhlina
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Kerajaan Pusat bersedia membantu Sarawak berhubung cadangan kerajaan negeri itu memperkenalkan pentaksiran pendidikan standard untuk murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Fadhlina berkata cadangan itu tidak menjadi masalah selagi ia mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • “Sekarang ini, hala tuju kita adalah untuk memperkukuhkan pentaksiran. Sekiranya Sarawak berada di bawah landasan pentaksiran ini, saya fikir dia tidak pergi jauh dan kita sedia bantu memperkukuhkan pentaksiran di Sarawak,” katanya kepada media selepas Majlis Peluncuran Dasar Pendidikan Digital di sini hari ini.
  • Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak pada Isnin dilaporkan berhasrat untuk melaksanakan cadangan pentaksiran standard untuk murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga yang menekankan mata pelajaran Program Dwibahasa (DLP) menjelang 2025.

BANGI – Kerajaan Pusat bersedia membantu Sarawak berhubung cadangan kerajaan negeri itu memperkenalkan pentaksiran pendidikan standard untuk murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata cadangan itu tidak menjadi masalah selagi ia mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sekarang ini, hala tuju kita adalah untuk memperkukuhkan pentaksiran. 

“Sekiranya Sarawak berada di bawah landasan pentaksiran ini, saya fikir dia tidak pergi jauh dan kita sedia bantu memperkukuhkan pentaksiran di Sarawak,” katanya kepada media selepas Majlis Peluncuran Dasar Pendidikan Digital di sini hari ini.

Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak pada Isnin dilaporkan berhasrat untuk melaksanakan cadangan pentaksiran standard untuk murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga yang menekankan mata pelajaran Program Dwibahasa (DLP) menjelang 2025.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Roland Sagah Wee In berkata KPM menyokong cadangan itu dan bersetuju membantu pelaksanaan pentaksiran itu di semua sekolah awam di Sarawak.

Roland berkata pentaksiran sedemikian penting kerana ia akan berfungsi sebagai cara untuk mengukur keberkesanan DLP di samping inisiatif lain dilaksanakan negeri untuk meningkatkan pengambilan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah. – The Merdeka Times

Author