Connect with us

Terkini

Johor tubuhkan pusat pemulihan LGBT

Pusat pemulihan bagi menangani isu akidah terpesong dan individu terlibat aktiviti songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) akan ditubuhkan Kerajaan Johor.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Johor tubuhkan pusat pemulihan LGBT
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
  • Pusat pemulihan bagi menangani isu akidah terpesong dan individu terlibat aktiviti songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) akan ditubuhkan Kerajaan Johor.
  • Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata pusat pemulihan LGBT itu adalah yang pertama seumpamanya diwujudkan di Malaysia.
  • “Tujuan penubuhan pusat pemulihan ini bukan sahaja bagi membimbing dan memulihkan golongan yang ingin bertaubat malah sebagai platform memupuk kesedaran kembali ke jalan yang benar,” katanya ketika sesi soalan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, dipetik Harian Metro hari ini.

KUALA LUMPUR — Pusat pemulihan bagi menangani isu akidah terpesong dan individu terlibat aktiviti songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) akan ditubuhkan Kerajaan Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata pusat pemulihan LGBT itu adalah yang pertama seumpamanya diwujudkan di Malaysia.

Katanya, Kerajaan Johor memperuntukkan RM400,000 bagi mewujudkan pusat pemulihan itu yang dijangka beroperasi pada Julai tahun depan.

“Pusat pemulihan ini bukan sahaja diwujudkan bagi mereka terpesong akidahnya tetapi juga menempatkan golongan individu yang mengamalkan LGBT yang disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Syariah, Enakmen 26-Musahaqah, supaya kembali ke fitrah asal dan bertaubat.

“Kewujudan pusat pemulihan bagi golongan yang mengamalkan hubungan sesama jantina ini adalah pertama diwujudkan di negara kita.

“Tujuan penubuhan pusat pemulihan ini bukan sahaja bagi membimbing dan memulihkan golongan yang ingin bertaubat malah sebagai platform memupuk kesedaran kembali ke jalan yang benar.

“Ketika ini pusat pemulihan ini sedang dalam proses persiapan kemasukan harta modal di bahagian pejabat, asrama pelatih lelaki dan perempuan,” katanya ketika sesi soalan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, dipetik Harian Metro hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar sebelum ini dilaporkan berkata Kerajaan berpendirian tegas tidak menerima sebarang aktiviti berkaitan LGBT khususnya dalam kalangan masyarakat Islam.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut konsisten dengan pendirian kerajaan itu, namun dalam konteks hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan, kerajaan tidak menolak hak tertentu kepada golongan LGBT seperti hak pendidikan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *