Connect with us

Terkini

Individu pakai lambang berkaitan konflik Israel-Hamas boleh dihukum penjara di Singapura

Pemakaian atau pemaparan lambang negara asing secara terbuka berkaitan konflik Israel-Hamas tanpa permit adalah satu kesalahan, demikian larangan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura.

A.R. Khan

Published

on

Individu pakai lambang berkaitan konflik Israel-Hamas boleh dihukum penjara di Singapura
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemakaian atau pemaparan lambang negara asing secara terbuka berkaitan konflik Israel-Hamas tanpa permit adalah satu kesalahan, demikian larangan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura.
  • MHA dalam kenyataan media nasihat (advisory) berhubung perkara itu semalam berkata, pihak berbuat demikian boleh didenda maksimum $500 atau dihukum penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan di bawah Akta Lambang Negara Asing (Kawalan Paparan) 1949.
  • MHA menjelaskan undang-undang itu terpakai kepada semua lambang negara asing, termasuk bendera atau sepanduk mana-mana negeri, manakala pelancong yang memakai pakaian berkaitan boleh dinafikan kemasukan ke Singapura.
  • “Khususnya, mempromosi atau menyokong keganasan melalui pemaparan pakaian atau kelengkapan yang membawa logo kumpulan pengganas atau militan, seperti Hamas atau sayap tenteranya (iaitu) Briged Al-Qassam, tidak akan dimaafkan,” kata kenyataan MHA itu.

SINGAPURA – Pemakaian atau pemaparan lambang negara asing secara terbuka berkaitan konflik Israel-Hamas tanpa permit adalah satu kesalahan, demikian larangan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura.

MHA dalam kenyataan media nasihat (advisory) berhubung perkara itu semalam berkata, pihak berbuat demikian boleh didenda maksimum $500 atau dihukum penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan di bawah Akta Lambang Negara Asing (Kawalan Paparan) 1949.

MHA menjelaskan undang-undang itu terpakai kepada semua lambang negara asing, termasuk bendera atau sepanduk mana-mana negeri, manakala pelancong memakai pakaian berkaitan boleh dinafikan kemasukan ke Singapura.

“Khususnya, mempromosi atau menyokong keganasan melalui pemaparan pakaian atau kelengkapan yang membawa logo kumpulan pengganas atau militan, seperti Hamas atau sayap tenteranya (iaitu) Briged Al-Qassam, tidak akan dimaafkan,” kata kenyataan MHA itu.

MHA berkata pihaknya sedar pakaian dan kelengkapan yang memaparkan lambang negara asing berkaitan perang yang sedang berlangsung kini sedang giat dijual atas talian.

Kenyataan itu berkata konflik Israel-Hamas yang berterusan adalah isu emosi, justeru MHA menasihati orang ramai supaya tidak mempamerkan dan memakai barangan yang berkaitan konflik itu.

Bagi yang ingin membantu mereka yang terjejas akibat konflik itu, MHA berkata mereka boleh menyumbang melalui pengumpulan dana yang menyokong usaha bantuan kemanusiaan.

Advertisement

MHA berkata badan amal tempatan Singapura yang mempunyai permit untuk mengumpul dana untuk tujuan amal asing termasuk Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (Keberkatan buat semua) atau RLAF. – The Merdeka Times

Sumber: MHA

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending