Connect with us

Antarabangsa

Hospital al-Shifa di Gaza jadi kubur besar

Kakitangan Hospital al-Shifa di bandar Gaza City terpaksa mengebumikan puluhan pesakit yang meninggal dunia dalam kubur besar.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kakitangan Hospital al-Shifa di bandar Gaza City terpaksa mengebumikan puluhan pesakit yang meninggal dunia dalam kubur besar.
  • Semalam, Pengarah Hospital al-Shifa, Mohammad Abu Salmiya, berkata pihaknya terpaksa mengebumikan mangsa dalam kubur besar.
  • Setakat ini katanya, sebanyak 179 mayat dikebumikan di pekarangan termasuk tujuh bayi dan 29 pesakit unit rawatan rapi adalah yang meninggal dunia sejak kehabisan bahan api untuk generator hospital, Sabtu lalu.
  • Keadaan semakin teruk di hospital di Gaza menjadi punca ketegangan antara Israel dan sekutunya ketika serangan dan pengepungan Israel ke atas Gaza, memutuskan akses kepada bahan api.

GAZA: Kakitangan Hospital al-Shifa di bandar Gaza City terpaksa mengebumikan puluhan pesakit yang meninggal dunia dalam kubur besar.

Semalam, Pengarah Hospital al-Shifa, Mohammad Abu Salmiya, berkata pihaknya terpaksa mengebumikan mangsa dalam kubur besar.

“Terdapat banyak mayat di kompleks hospital dan tiada lagi bekalan elektrik di bilik mayat,” katanya.

Setakat ini katanya, sebanyak 179 mayat dikebumikan di pekarangan termasuk tujuh bayi dan 29 pesakit unit rawatan rapi adalah yang meninggal dunia sejak kehabisan bahan api untuk generator hospital, Sabtu lalu.

Tentera Israel mengepung hospital terbesar di Semenanjung Gaza, yang didakwa terletak di atas kompleks terowong dan pusat kawalan kumpulan Hamas.

Hamas menafikan perkara itu dan berkata 650 pesakit serta 5,000 hingga 7,000 orang awam yang dipindahkan terperangkap di dalam kawasan hospital.

Amerika Syarikat (AS) berkata ia “mempunyai maklumat bahawa Hamas dan Jihad Islam Palestin menggunakan beberapa hospital di Semenanjung Gaza, termasuk al-Shifa dan terowong di bawahnya untuk menyembunyikan serta menyokong operasi ketenteraan dan menahan tebusan.

Advertisement

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby, anggota dua kumpulan Palestin “mengendalikan nod arahan dan kawalan dari al-Shifa di Bandar Gaza” dan menyimpan senjata di sana.

Kirby bagaimanapun tidak mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Israel juga mengulangi dakwaan yang dibuat tanpa sebarang bukti.

Kirby berkata, AS tidak menyokong tindakan menyerang hospital dari udara.

“Kami tidak mahu melihat pertempuran di hospital di mana orang yang tidak bersalah, orang yang tidak berdaya, orang yang sakit hanya cuba mendapatkan rawatan perubatan yang sepatutnya,” katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 2,300 orang termasuk pesakit, kakitangan dan orang awam yang dipindahkan, berada di dalam dan mungkin tidak dapat melarikan diri di tengah-tengah pertempuran sengit.

Advertisement

Keadaan semakin teruk di hospital di Gaza menjadi punca ketegangan antara Israel dan sekutunya ketika serangan dan pengepungan Israel ke atas Gaza, memutuskan akses kepada bahan api.

PBB berkata 22 daripada 36 hospital di Gaza tidak berfungsi kerana kekurangan bahan api penjana, kerosakan dan pertempuran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata 14 hospital yang masih dibuka mempunyai bekalan yang hampir tidak mencukupi untuk mengekalkan pembedahan kritikal dan menyelamatkan nyawa serta menyediakan rawatan termasuk rawatan rapi.

Semalam, jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra berkata, tawaran Israel untuk memindahkan bayi keluar dari Hospital al-Shifa dengan inkubator mudah alih tidak menghasilkan rancangan konkrit.

Jurucakap WHO, Margaret Harris berkata, memindahkan pesakit yang sakit dan terdedah keluar dari hospital adalah “tugas yang mustahil”.

“Dan sekali lagi, mengapa anda perlu memindahkan mereka?” beliau bertanya.

Advertisement

“Sebuah hospital tidak sepatutnya diserang. Hospital adalah tempat yang selamat. Ini dipersetujui di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending