Connect with us

Terkini

‘Diikat’ rejim zionis Israel punca Mesir, Jordan tidak bantu Palestin- Nadir

Sikap berdiam diri Kerajaan Mesir dan Jordan ketika umat Islam di Palestin dibunuh dengan serangan ketenteraan Israel sejak 7 Oktober disebabkan dua perjanjian yang ditandatangani sebelum ini.

Wartawan TMT

Published

on

‘Diikat’ rejim zionis Israel punca Mesir, Jordan tidak bantu Palestin- Nadir
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri.
  • Sikap diam diri Kerajaan Mesir dan Jordan ketika umat Islam di Palestin dibunuh dengan serangan ketenteraan Israel sejak 7 Oktober disebabkan dua perjanjian ditandatangani sebelum ini.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri berkata, Zionis Israel sangat licik hingga berjaya ikat dua negara Timur Tengah melalui perjanjian damai menyebabkan mereka tidak boleh campur tangan.
  • “Mesir tak boleh masuk campur sebab dia sudah tandatangan Perjanjian Kem David pada 1978, manakala Jordan pula sudah tandatangan Perjanjian Wadi Araba pada 1994,” katanya ketika menjadi panel program Suara Malaysia Untuk Palestin anjuran MalaysiaGazette dengan kerjasama Datumcorp International Sdn Bhd di Datum Jelatek Shopping Centre, di sini, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Sikap berdiam diri Kerajaan Mesir dan Jordan ketika umat Islam di Palestin dibunuh dengan serangan ketenteraan Israel sejak 7 Oktober disebabkan dua perjanjian yang ditandatangani sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri berkata, Zionis Israel sangat licik hingga berjaya mengikat dua negara Timur Tengah itu melalui perjanjian damai menyebabkan mereka tidak boleh campur tangan.

“Kenapa negara-negara sekeliling tidak membantu khususnya Mesir dan Jordan, sebab orang Israel ini pandai, dia dah ikat negara-negara tersebut sejak dari awal.

“Mesir tak boleh masuk campur sebab dia sudah tandatangan Perjanjian Kem David pada 1978, manakala Jordan pula sudah tandatangan Perjanjian Wadi Araba pada 1994,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Suara Malaysia Untuk Palestin anjuran MalaysiaGazette dengan kerjasama Datumcorp International Sdn Bhd di Datum Jelatek Shopping Centre, di sini, malam semalam.

Tambah beliau, hanya dua negara di utara Timur Tengah sahaja yang boleh diharapkan untuk membantu rakyat Palestin, antaranya Lubnan dan Syria.

“Negara-negara yang boleh diharapkan sedikit untuk membantu pada ketika ini sebenarnya negara Lubnan yang berada di sebelah utara dan sebelahnya ada Syria.

Advertisement

“Kedua-dua negara ini, walaupun dia tak lancarkan roket mereka secara langsung dan habis-habisan ke atas Israel, namun mereka ada mainkan peranan.

“Sekurang-kurangnya mereka membenarkan mujahidin Palestin yang berada dalam kawasan tersebut untuk melepaskan roket-roket yang ada,” katanya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending