Connect with us

Antarabangsa

31 bayi pramatang dipindahkan dari Hospital Al-Shifa ke selatan Gaza

Tiga puluh satu bayi pramatang yang terperangkap di Hospital Al-Shifa tanpa bantuan alat perubatan sudah dipindahkan ke selatan Semenanjung Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 31 bayi pramatang yang terperangkap di Hospital Al-Shifa tanpa bantuan alat perubatan sudah dipindahkan ke selatan Semenanjung Gaza.
  • Ketua Pengarah hospital di Gaza, Mohammed Zaqout, berkata semua 31 bayi pramatang di Hospital Al-Shifa dipindahkan bersama tiga doktor dan dua jururawat.
  • “Persiapan sedang dijalankan’ untuk mereka (bayi pramatang) memasuki Mesir’,” katanya.
  • Langkah itu disahkan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PCRS) yang memaklumkan pasukannya menjalankan pemindahan berkenaan dengan penyelarasan bersama agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

KHAN YUNIS: Tiga puluh satu bayi pramatang yang terperangkap di Hospital Al-Shifa tanpa bantuan alat perubatan sudah dipindahkan ke selatan Semenanjung Gaza.

Daripada jumlah 39 bayi yang berada di hospital itu tanpa inkubator kerana kekurangan bahan api dan bekalan perubatan selepas tentera Israel menyerbu pada Rabu lalu, 31 daripadanya berjaya dipindahkan.

Ketua Pengarah hospital di Gaza, Mohammed Zaqout, berkata semua 31 bayi pramatang di Hospital Al-Shifa sudah dipindahkan bersama tiga doktor bersama dua jururawat.

“Persiapan sedang dijalankan’ untuk mereka (bayi pramatang) memasuki Mesir’,” katanya.

Langkah itu disahkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PCRS) yang memaklumkan pasukannya menjalankan pemindahan berkenaan dengan penyelarasan bersama agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Hospital Al-Shifa menjadi pusat tumpuan bagi operasi Israel dengan tentera mendakwa, Hamas menggunakannya sebagai pangkalan ketika mereka berusaha untuk menghapuskan pejuang itu di sebalik serangan 7 Oktober lalu yang mengorbankan 1,200 orang, kebanyakannya orang awam.

Sejak itu, pihak berkuasa kesihatan Hamas berkata, kempen ketenteraan Israel membunuh lebih 12,300 orang, kebanyakannya orang awam.

Pasukan WHO yang melawat hospital pada hari Sabtu melaporkan bahawa masih terdapat ratusan pesakit di sana, termasuk ramai yang berada dalam keadaan sangat kritikal, pesakit trauma dengan luka yang dijangkiti teruk, pesakit mengalami kecederaan tulang belakang serta pesakit yang tidak dapat bergerak.

“Pesakit dan kakitangan kesihatan yang bercakap dengan mereka (pasukan WHO) takut mengenai keselamatan dan kesihatan mereka serta merayu untuk dipindahkan,” kata agensi itu, menggambarkan Al-Shifa sebagai zon kematian.

Doktor berkata, bahawa empat bayi meninggal dunia semasa serbuan.

Bayi berkenaan dipindahkan ke selatan Gaza ‘sebagai persediaan untuk pemindahan mereka ke Hospital Emirates di Rafah’, kata PRCS.

Seorang wartawan AFP di tempat kejadian melihat orang ramai yang sakit, cedera dan terlantar berjalan ke arah pinggir laut dengan kementerian kesihatan, berkata 120 pesakit kekal di hospital, antaranya beberapa bayi pramatang.

“Ramai pesakit tidak boleh meninggalkan hospital kerana mereka berada di katil unit rawatan rapi (ICU) atau inkubator bayi,” kata doktor di hospital itu, Ahmed al-Mokhallalati melalui platform X.

Susulan kunjungan ke Al-Shifa, WHO berkata, 291 pesakit dan 25 pekerja kesihatan masih berada di hospital, angka yang dikeluarkan beberapa jam sebelum bayi berkenaan dipindahkan. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending