Connect with us

Terkini

Tempoh mohon kewarganegaraan dikurangkan kepada 14 hari

Tempoh proses permohonan kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dikurangkan kepada 14 hari berbanding 73 hari sebelum ini.

Wartawan TMT

Published

on

Tempoh mohon kewarganegaraan dikurangkan kepada 14 hari
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Tempoh proses permohonan kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dikurangkan kepada 14 hari berbanding 73 hari sebelum ini.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses itu berjaya dikurangkan menerusi pelaksanaan Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara yang dilancarkan hari ini.
  • Beliau berkata, sistem itu menjalani proses percubaan sejak dua bulan lalu sekali gus membolehkan sistem penyampaian permohonan menjadi lebih cekap.
  • “Jika sebelum ini dokumen permohonan kewarganegaraan yang diterima JPN akan diserahkan kepada pihak polis secara fizikal (bercetak), tetapi dengan adanya sistem ini penyerahan dokumen adalah secara dalam talian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan JPN ke-75, di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Tempoh proses permohonan kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dikurangkan kepada 14 hari berbanding 73 hari sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses itu berjaya dikurangkan menerusi pelaksanaan Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara yang dilancarkan hari ini.

Beliau berkata, sistem itu menjalani proses percubaan sejak dua bulan lalu sekali gus membolehkan sistem penyampaian permohonan menjadi lebih cekap.

“Proses itu dijalankan secara lebih cekap menerusi pelaksanaan sistem yang dibangunkan JPN dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jika sebelum ini dokumen permohonan kewarganegaraan yang diterima JPN akan diserahkan kepada pihak polis secara fizikal (bercetak), tetapi dengan adanya sistem ini penyerahan dokumen adalah secara dalam talian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan JPN ke-75, di sini hari ini.

Katanya, sistem itu secara automatik akan menolak permohonan yang didapati pemohonnya terlibat dengan pertubuhan dianggap berbahaya dan mengancam ketenteraman awam, selain tinggal di negara ini melebihi masa ditetapkan.

Saifuddin berkata, sebelum ini, proses permohonan itu memakan masa lama kerana ia perlu melalui tapisan keselamatan dan pengesahan dokumen oleh PDRM. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending