Terkini
Tempoh mohon kewarganegaraan dikurangkan kepada 14 hari
Tempoh proses permohonan kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dikurangkan kepada 14 hari berbanding 73 hari sebelum ini.
- Tempoh proses permohonan kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dikurangkan kepada 14 hari berbanding 73 hari sebelum ini.
- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses itu berjaya dikurangkan menerusi pelaksanaan Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara yang dilancarkan hari ini.
- Beliau berkata, sistem itu menjalani proses percubaan sejak dua bulan lalu sekali gus membolehkan sistem penyampaian permohonan menjadi lebih cekap.
- “Jika sebelum ini dokumen permohonan kewarganegaraan yang diterima JPN akan diserahkan kepada pihak polis secara fizikal (bercetak), tetapi dengan adanya sistem ini penyerahan dokumen adalah secara dalam talian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan JPN ke-75, di sini hari ini.
PUTRAJAYA – Tempoh proses permohonan kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dikurangkan kepada 14 hari berbanding 73 hari sebelum ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses itu berjaya dikurangkan menerusi pelaksanaan Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara yang dilancarkan hari ini.
Beliau berkata, sistem itu menjalani proses percubaan sejak dua bulan lalu sekali gus membolehkan sistem penyampaian permohonan menjadi lebih cekap.
“Proses itu dijalankan secara lebih cekap menerusi pelaksanaan sistem yang dibangunkan JPN dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Jika sebelum ini dokumen permohonan kewarganegaraan yang diterima JPN akan diserahkan kepada pihak polis secara fizikal (bercetak), tetapi dengan adanya sistem ini penyerahan dokumen adalah secara dalam talian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan JPN ke-75, di sini hari ini.
Katanya, sistem itu secara automatik akan menolak permohonan yang didapati pemohonnya terlibat dengan pertubuhan dianggap berbahaya dan mengancam ketenteraman awam, selain tinggal di negara ini melebihi masa ditetapkan.
Saifuddin berkata, sebelum ini, proses permohonan itu memakan masa lama kerana ia perlu melalui tapisan keselamatan dan pengesahan dokumen oleh PDRM.
Sumber: Kosmo